Shell Eco-marathon Asia 2019: Tiga Pasukan Akan Ke London, Julai Ini

Family photo of some of the participating teams during day two of Shell Make the Future Live Malaysia 2019 at the Sepang International Circuit on Tuesday, April 30, 2019, south of Kuala Lumpur, Malaysia. (Edwin Koo/AP Images for Shell)

Shell Eco-marathon Asia 2019 akhirnya telah sampai ke penghujung memasuki hari keempat di Litar Antarabangsa Sepang dengan pasukan dari Thailand, China dan Singapura mempamerkan kenderaan cekap tenaga paling baik dalam kategori masing-masing.

Bagi kategori Mileage Challenge, RMUTP RACING dari Rajamangala University of Technology Phra Nakhon, Thailand mencatat perjalanan 1,546.9 kilometer – bersamaan dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok – dengan hanya satu liter ethanol bagi kenderaan Prototype mereka.

“Kami gembira dapat menang. Kami telah melakukan yang terbaik dan menggunakan pengalaman kami selama tiga tahun ini untuk memberikan yang terbaik tetapi keutamaan kami adalah mengekalkan kerjasama dikalangan ahli,”kata pengurus pasukan RMUTP, Peerapan Booncheuy.

Kategori bateri elektrik dimenangi pasukan HuaqQi-EV dari China sementara kategori hydrogen dimenangi wakil Singapura, TP ECO Flash.

Sementara itu, bagi kategori Drivers World Championship Qualifier, menyaksikan Nanyang E Drive dari Nanyang Technological University Singapura muncul juara selepas melepasi garisan penamat dengan kenderaan UrbanConcept mereka.

Tempat kedua jadi milik ITS Team 5 dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia sementara pasukan LH-EST dari Lac Hong University, Vietnam, ketiga.

Ketiga-tiga pasukan akan berentap dengan wakil Eropah dan Amerika di Drivers World Championship yang akan berlangsung di Make The Future Live London, pada 5 Julai ini.

Pasukan yang muncul juara dunia akan diberi peluang untuk berkunjung ke pusat Ferrari Scuderia di Itali di samping mendalami ilmu permotoran.

Pengurus Besar Make The Future Live, Norman Koch berkata: “Pertandingan ini menggabungkan kenderaan cekap tenaga dan skil serta teknik pemanduan pemandu. Kami telah menyaksikan pelbagai aksi hebat daripada setiap pasukan. Tahniah ke atas pencapaian mereka.”

Sementara itu wakil negara, pasukan MMY Grune Welt dari Multimedia Universiti Kampus Melaka, membawa pulang anugerah Circular Economy.

Berikut keputusan penuh pertandingan:

PROTOTYPE

Kategori

Pemenang

Keputusan

Internal Combustion Engine RMUTP Racing

Rajamangala University of Technology Phra Nakhon (Thailand)

1546.9 (km/l)
Battery Electric HuaQi-EV

Guangzhou College of South China University of Technology (China)

501.6 (km/kWh)
Hydrogen Fuel Cell TP ECO FLASH

Temasek Polytechnic (Singapore)

403.3 (km/m3)

 

URBANCONCEPT

Kategori

Pemenang

Keputusan

Internal Combustion Engine ITS Team Sapuangin

Institut Teknologi Sepuluh Nopember (Indonesia)

395.1 (km/l)
Battery Electric LH-EST

Lac Hong University (Vietnam)

170.1 (km/kWh)
Hydrogen Fuel Cell Nanyang E Drive

Nanyang Technological University (Singapore)

93.9 (km/m3)

 

DRIVERS’ WORLD CHAMPIONSHIP ASIA

Podium

Pasukan

Negara

1st Nanyang E Drive

Nanyang Technological University

Singapore
2nd ITS Team 5

Institut Teknologi Sepuluh Nopember

Indonesia
3rd LH – EST

Lac Hong University

Vietnam