Yamaha Bakal Bangunkan YZF-R25M Lawan Kawasaki ZX-25R?

Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama? Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder. Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang…

Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…

MotoGP: Petronas SRT Raih Kejuaraan Sulung Bersama Quartararo, Marquez Kemalangan

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, menghadiahkan kejuaraan sulung buat dirinya dan pasukan dalam aksi pembukaan tirai di Gran Premio Red Bull De Espana, hari ini. Ini merupakan kejuaraan sulung Quartararo dan pasukan Petronas SRT di pentas MotoGP. Quartararo – yang menunggang jentera M1 Factory Spec – mempamerkan tunggangan mantap sebaik perlumbaan…

K-Speed Ubahsuai Dominar D400 Ini Dengan Elemen Flat Track

Pakar ubahsuai motosikal di Thailand, K-Speed sentiasa mencuri tumpuan setiap kali mereka memperkenalkan projek baharu. Kali ini, mereka telah ‘mengerjakan’ sebuah Bajaj Dominar D400 – dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia – yang diberi nama Diablo Cyclops. Ubahsuai ini cukup drastik sehinggakan tiada siapa yang mampu menyangka ini merupakan Dominar D400. K-Speed mendedahkan jentera tersebut ketika…

Kawasaki ZX-25R SE Dilancarkan Di Thailand – RM36,000!

Selepas dilancarkan di Indonesia baru-baru ini, Kawasaki ZX-25R turut diperkenalkan di Thailand ketika Pameran Motor Antarabangsa Bangkok. Jentera 250cc dengan 4-silinder itu ditawarkan pada harga THB269,000 (RM36,379). Ketika pelancaran di Indonesia, model tersebut ditawarkan dengan dua varian, standard dan SE namun pasaran Thailand hanya ditawarkan dengan varian SE. Kawasaki ZX-25R menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan…

WordSBK: Redding Mahu Kembali Ke MotoGP Jika Berjaya Tumbangkan Rea

Scott Redding mendedahkan niatnya untuk kembali ke MotoGP namun mahu melakukannya selepas berjaya merangkul kejuaraan WorldSBK. Bagaimanapun, untuk melakukannya, dia perlu mengetepikan saingan lima kali juara dunia, Jonathan Rea dari Kawasaki. Redding seakan bangkit semula selepas meninggalkan projek MotoGP Aprilia pada penghujung 2018. Dia muncul juara British Superbike Championship dalam percubaan pertamanya pada 2019 sebelum…

KTM 790 Duke Dan Adventure Kini Dihasilkan Di Filipina

  Filipina merupakan antara pasaran terbesar KTM sejak model Duke 390 dilancarkan beberapa tahun dahulu di negara itu. Ini kerana, peminat motosikal negara itu menyifatkan KTM menawarkan motosikal berkuasa besar dengan harga mampu milik. Memasuki 2017, KTM Filipina mewujudkan kilang berkelas dunia bagi pemasangan semua model 200 dan 390 bagi Duke/RC untuk dipasarkan ke pasaran…

Vespa X Dior 946: Ini Baru Hypebeast!

Jenama Vespa dan Dior berkongsi satu persamaan dengan kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1946. Bagaimanapun, kedua-dua jenama itu tidak pernah menjalinkan sebarang kolaborasi, sehinggalah hari ini apabila Vespa dan Dior bekerjasama dalam menghasilkan skuter edisi terhad 946. Vespa 946 merupakan model perdana dalam keluarga Vespa dan terkenal sebagai skuter pilihan pereka Itali, Giorgio Armani. Memasuki tahun…