K-Speed Ubahsuai Dominar D400 Ini Dengan Elemen Flat Track

Advertisements

Pakar ubahsuai motosikal di Thailand, K-Speed sentiasa mencuri tumpuan setiap kali mereka memperkenalkan projek baharu.

Kali ini, mereka telah ‘mengerjakan’ sebuah Bajaj Dominar D400 – dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia – yang diberi nama Diablo Cyclops.

Ubahsuai ini cukup drastik sehinggakan tiada siapa yang mampu menyangka ini merupakan Dominar D400.

K-Speed mendedahkan jentera tersebut ketika di Bangkok International Motor Show 2020 baru-baru ini.

Menurut K-Speed mereka telah melaksanakan beberapa perubahan ketara antaranya, subframe baharu, tayar knobby, crash guard kustom, sistem ekzos baharu, handlebar dan tempat duduk kustom.

Bagaimanapun, beberapa aspek daripada Dominar turut dikekalkan antaranya tangki, dan perimeter frame malah sistem brek dan rim aloi juga diguna semula.

Bahagian lampu depan Dominar juga digantikan dengan rekaan yang luar biasa.

Meskipun drastik namun perubahan tersebut hanya melibatkan aspek estetik manakala enjin 373.3cc ini tidak diusik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.