KTM 790 Duke Dan Adventure Kini Dihasilkan Di Filipina

Advertisements

 

KTM 790 Adventure R

Filipina merupakan antara pasaran terbesar KTM sejak model Duke 390 dilancarkan beberapa tahun dahulu di negara itu.

Ini kerana, peminat motosikal negara itu menyifatkan KTM menawarkan motosikal berkuasa besar dengan harga mampu milik.

Memasuki 2017, KTM Filipina mewujudkan kilang berkelas dunia bagi pemasangan semua model 200 dan 390 bagi Duke/RC untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

KTM 790 Duke

Meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19, KTM terus mengorak langkah di Filipina apabila kilang itu kini akan menghasilkan model 790 Duke, 790 Adventure dan 790 Adventure R.

Senario ini turut membawa kepada penurunan harga mendadak terhadap model yang sebelum ini diimport dari Austria.

KTM 790 yang dikilangkan di Austria dipasarkan di Filipina dengan harga PHP820,000 (RM69,793) namun model yang dihasilkan di Filipina dijual pada harga PHP599,000 (RM50,217).

Sementara, 790 Adventure kini ditawarkan pada harga PHP 699,000 (RM59,507) manakala 790 Adventure R, PHP749,000 (RM63,764). – Top Gear Philipines 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.