Isuzu Malaysia Tawar Moratorium Bagi Pelanggan D-Max

Advertisements

Dalam usaha meringankan beban pelanggan, Isuzu Malaysia menawarkan moratorium bagi pembiayaan kenderaan baharu Isuzu D-Max bermula 1 Jun hingga 31 Ogos.

Melalui inisiatif Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu, pelanggan boleh menggunakan moratorium ini untuk menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga dengan mengoptimumkan penggunaan Isuzu D-Max.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Perdagangan
Ringan, Masayuki Suzuki berharap mereka yang terkesan dapat meneruskan kehidupan seharian.

“Matlamat moratorium berkenaan ialah untuk membantu rakyat Malaysia menyambung dan meneruskan kehidupan mereka sepanjang tempoh pemulihan ini dengan memanfaatkan khidmat Isuzu D-Max yang cekap dan pelbagai guna.

“Kenderaan yang berkemampuan, boleh diharap serta tahan lasak adalah aset berharga dan sebuah trak pikap memenuhi keperluan ekonomi seperti itu bagi kegunaan individu atau organisasi.

“Dengan menawarkan moratorium ini, Isuzu berharap pelanggan akan mampu untuk kembali kepada keadaan normal mereka seperti sebelum ini secepat mungkin,” jelasnya.

Kempen ini dilaksanakan hasil kerjasama dengan Public Bank Berhad merangkumi semua varian D-Max dengan jumlah pinjaman sehinga 90 peratus bagi tempoh maksimum 84 bulan.