WordSBK: Redding Mahu Kembali Ke MotoGP Jika Berjaya Tumbangkan Rea

Scott Redding mendedahkan niatnya untuk kembali ke MotoGP namun mahu melakukannya selepas berjaya merangkul kejuaraan WorldSBK.

Bagaimanapun, untuk melakukannya, dia perlu mengetepikan saingan lima kali juara dunia, Jonathan Rea dari Kawasaki.

Redding seakan bangkit semula selepas meninggalkan projek MotoGP Aprilia pada penghujung 2018.

Dia muncul juara British Superbike Championship dalam percubaan pertamanya pada 2019 sebelum ditawarkan kontrak bersama Ducati di WorldSBK.

Pelumba berusia 27 tahun itu kini dilihat mempunyai peluang cerah tahun ini menunggang Panigale V4R.

“Superbike memang berbebza. Disini saya diberi sokongan untuk mendapatkan apa yang saya mahu tetapi yang paling penting sebuah jentera yang membolehkan saya melakar kemenangan.

“Tetapi sasaran saya bukan untuk kekal disini tetapi untuk melakar kemenangan dan kemudian kembali ke MotoGP sekiranya peluang itu hadir,” katanya kepada GPOne.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]