Perkenalkan Honda MSX125 Dengan 202HP!

Advertisements

Apa yang berlaku bila seorang jurutera atau mekanik mempunyai masa terluang yang banyak? Dia akan melakukan perkara yang orang lain takkan terlintas untuk buat.

Dalam kes ini, seorang jurutera yang bertapak di Thailand, Mario Kleff, merasa bosan apabila jentera popular di negara itu, Honda MSX125 (Grom) hanya menawarkan sekitar 9.7hp.

Susulan itu, dengan menggunakan skil yang digabungkan imaginasi yang gila termasuk masa terluang yang banyak, dia membuat keputusan untuk menyumbat sebuah enjin Ducati 1199 Panigale R yang menawarkan 202hp.

Kalau ada yang beranggapan kerangka Honda tersebut tak cukup kuat untuk memegang enjin 1199cc itu, jangan risau kerana Kleff menggunakan segala ilmunya sebagai jurutera untuk mengukuhkan kerangka tersebut.

Menariknya, berdasarkan gambar yang dikongsikan, enjin tersebut tak nampak pelik sebaliknya segalanya telah dirangka dengan kemas.

Bagaimanapun, ketika sesi ujian, motosikal unik ini terbakar susulan terdapat kebocoran di bahagian ‘fuel line’ namun itu tidak menyekat Kleff untuk membina satu lagi unit yang lebih sempurna.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.