Yamaha Bakal Bangunkan YZF-R25M Lawan Kawasaki ZX-25R?

Advertisements

Sejak Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, jentera sportbike 250cc dengan empat silinder, kami tertanya-tanya adakah pengeluar lain akan mengikut jejak sama?

Kawasaki ZX-25R

Manakan tidak, impak ZX-25R cukup besar dan mengujakan peminat dua roda seluruh dunia termasuk Malaysia yang tidak perlu menaik taraf lesen untuk merasai kesyahduan 4-silinder.

Kini timbul khabar angin daripada laporan negara jiran oleh iwanbanaran.com yang mengatakan Yamaha turut akan memperkenalkan jentera 250cc 4-silinder.

Yamaha YZF-R25

Diberi nama YZF-R25M, jentera ini dijangka menawarkan ciri yang dipertingkat berbanding yang ditawarkan R25 bagi menyaingi ZX-25R.

Sementara itu,turut didakwa Honda juga bakal membangunkan enjin sama dan akan dikenali sebagai CBR250RR-R – konsep sama ditawarkan varian 1000cc CBR1000RR-R.

Sekiranya khabar angin ini bertukar realiti pastinya akan menghangatkan pasaran 250cc serba baharu ini. – iwanbanaran.com