TVS Lancar Apache RTR 165 RP Di India – 19HP, 14.2Nm

Pengeluar motosikal India, TVS Motor Company telah pun melanarkan Apache RTR 165 RP, model pertama dari divisyen Race Performance TVS. Terhad kepada 200 unit, Apache RTR 165 RP ini menawarkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.2Nm pada 8,750rpm yang terhasil daripada enjin satu silinder 164.9cc 4-valve. Kuasa kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 5-kelajuan. Edisi…

Suzuki Bakal Lancar Helmet Edisi Ulang Tahun Ke-100 – RM5,300

Jika anda seorang peminat ‘kipas susah mati’ Suzuki dan seorang pengumpul, koleksi sedia ada mungkin lebih lengkap dengan tawaran terbaru daripada kilang Hamamatsu. Suzuki bakal melancarkan sebuah helmet edisi terhad sempena Ulang Tahun ke-100 jenama itu tidak lama lagi. Mengguna pakai helmet Arai RX-7, helmet edisi khas tersebut hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia…

Honda CBR250RR 2022 Dilancarkan Di Jepun

Rata-rata mengharapkan Honda kembali menghidupkan legasi Honda CBR250RR 4-silinder (MC22) yang diperkenalkan pada era 90an. Bagaimanapun sehingga kini, Kawasaki merupakan pengeluar sulung yang mengorak langkah pertama menerusi ZX-25R. Apa pun, CBR250RR tetap mempunyai peminat yang ramai terutamanya di Asia termasuk di Malaysia. Terbaru, pasaran negara menerima CBR250RR dengan pilihan warna Trico sekaligus menyamai ‘livery’ yang…

Malaysia Baru Dapat RS-X, Pasaran Vietnam Sudah Sambut Winner X 2022 Baharu

Ketika pasaran Malaysia baru sahaja ditawarkan dengan Honda RS-X, pasaran Vietnam telah pun meraikan ketibaan Winner X 2022. Meskipun secara kasarnya Winner X tersebut tampak sama seperti RS-X namun model pasaran Vietnam itu telah menerima beberapa peningkatan bagi tahun 2022. Pertamanya, bahagian depan ditambah baik dengan rekaan seakan corong udara di bahagian hujung kiri dan…

Ducati Selesai Jalani Ujian Sulung Jentera MotoE 2023

Ducati telah pun disahkan sebagai pembekal jentera elektrik bagi kejuaraan dunia MotoE bermula musim 2023. Jenama motosikal Itali itu bakal mengambil alih tugas Energica yang sebelum ini telah pun membekalkan saingan MotoE dengan jentera Ego Corse. Bagaimanapun, ketika Energica Ego Corse merupakan jentera ‘production’, jentera lumba oleh Ducati pula dibina khas bagi perlumbaan MotoE sahaja….

Itali Haramkan Aktiviti ‘Off-Road’ Dengan Motosikal

Kerajaan Itali telah pun meluluskan rang undang-undang yang melarang aktiviti menunggang motosikal secara ‘off-road’ di dalam hutan mahupun padang. Berdasarkan peraturan baharu itu yang telah diterbitkan dalam Italian Official Gazette, menjelaskan laluan dengan kelebaran kurang dari 2.5m tidak boleh digunakan oleh sebarang kenderaan termasuk motosikal. Hanya kenderaan seperti traktor yang digunakan untuk menyelia laluan tersebut…

Kawasaki Z250 Dengan Enjin 4-Silinder Dalam Pembangunan

Kawasaki sememangnya antara pengeluar motosikal yang paling mencuri tumpuan kebelakangan ini. Jenama motosikal Jepun itu kembali menjadi sebutan dengan pelancaran model ZX-25R yang kembali menawarkan enjin 250cc 4-silinder. Hasilnya, sebuah jentera 250cc yang berkemampuan menghasilkan 51hp pada 15,000rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm. Ankga tersebut ternyata lebih mengujakan berbanding enjin 250cc parallel-twin atau satu-silinder yang terdapat…

Razlan Razali Mohon Maaf Pada Petronas

Datuk Razlan Razali, yang masih memikul jawatan selaku prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team sehingga 31 Disember ini, telah membuat permohonan maaf terhadap Petronas. Permohonan maaf itu dibuat selepas Razlan membuat pendedahan dan luahan mengenai perpisahan dengan Petronas selaku penaja utama SRT sewaktu temu bula bersama media Jerman, Speedweek pada Oktober dan November. Kedua-dua temu…

Kymco Bakal Pasang Dan Edar Jenama LiveWire Milik Harley-Davidson

Harley-Davidson telah pun mengumumkan bahawa jenama motosikal elektrik, LiveWire memasuki bursa saham dalam usaha menyuntik lebih banyak pelaburan ke dalam syarikat itu. LiveWire akan dikenali sebagai LVW dalam bursa saham New York (NYSE). Menariknya, langkah tersebut turut menyaksikan LiveWire telah memeterai perjanjian bersama pengeluar motosikal dan skuter Taiwan, Kymco. Perjanjian tersebut meletakkan Kymco sebagai rakan…