Malaysia Baru Dapat RS-X, Pasaran Vietnam Sudah Sambut Winner X 2022 Baharu

Ketika pasaran Malaysia baru sahaja ditawarkan dengan Honda RS-X, pasaran Vietnam telah pun meraikan ketibaan Winner X 2022.

Meskipun secara kasarnya Winner X tersebut tampak sama seperti RS-X namun model pasaran Vietnam itu telah menerima beberapa peningkatan bagi tahun 2022.

Pertamanya, bahagian depan ditambah baik dengan rekaan seakan corong udara di bahagian hujung kiri dan kanan lampu.

Keduanya, bahagian panel tepi lebih tertutup berbanding RS-X yang menampakkan ruang enjin yang lebih ketara.

Kemudian, bahagian bukaan udara yang terdapat pada bahagian panel tempat duduk belakang juga tidak lagi kelihatan pada Winner X 2022.

Lebih menarik, model 2022 itu juga tidak lagi didatangkan dengan lampu isyarat sisi yang capang.

Antara kelainan yang turut diberikan pada model 2022 ini adalah pengecas USB, sistem keyless serta rantai baharu.

Bagaimanapun, Winner X 2022 ini kekal dikuasakan enjin 149.1cc DOHC yang menawakan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm.

Bagi pasaran Vietnam, Honda Winner X tampil dengan tiga varian, Standard (tanpa ABS), Sport (dengan ABS), Special (dengan ABS dan fork warna emas).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.