Suzuki Bakal Lancar Helmet Edisi Ulang Tahun Ke-100 – RM5,300

Advertisements

Jika anda seorang peminat ‘kipas susah mati’ Suzuki dan seorang pengumpul, koleksi sedia ada mungkin lebih lengkap dengan tawaran terbaru daripada kilang Hamamatsu.

Suzuki bakal melancarkan sebuah helmet edisi terhad sempena Ulang Tahun ke-100 jenama itu tidak lama lagi.

Mengguna pakai helmet Arai RX-7, helmet edisi khas tersebut hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia sahaja dengan 30 unit hanya akan dijual di pasaran Jepun.

Bagi yang berminat, terdapat ruang permohonan di laman web Suzuki Japan namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Pertamanya, pembeli perlu tinggal di Jepun dan mempunyai kad kredit yang sah dengan hanya satu permohonan diterima.

Cabutan akan dibuat antara 11 hingga 25 Januari 2022 dengan pemenang terpilih akan diumumkan pada 31 Januari 2022.

Sementara itu, peminat Suzuki di luar Jepun termasuk di Malaysia yang berminat perlu menghubungi pengedar rasmi Suzuki untuk mendapatkan maklumat.

Menurut info, helmet Suzuki edisi ulang tahun ke-100 itu ditawarkan pada harga JPY143,000 (RM5,314).

Advertisements