Ducati Multistrada V4 S Dinamakan Motosikal Terbaik Eropah Bagi 2021

Tahun 2021 menyaksikan pelbagai model baharu diperkenalkan untuk pasaran dunia. Eropah merupakan pasaran yang terdahulu menerima ketibaan model 2021 antaranya Triumph Trident 660, Aprilia Tuono 660, Suzuki Hayabusa 2021 dan Triumph Speed Triple 1200 RS. Pengeluar motosikal Itali, Ducati juga tidak terkecuali apabila melancarkan Multistrada V4, Monster 937 dan SuperSport 950 untuk pasaran dunia. Meskipun…

Harap Ada Pihak Ambil Alih Peranan Letak Pelumba Malaysia Di MotoGP – Razlan Razali

Pasukan Sepang Racing Team (SRT) secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada MotoGP selepas enam musim. Bekas prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali menyifatkan meskipun pengakhiran itu bukanlah sesuatu yang diingankannya namun semua pihak perlu menerima hakikat tersebut. Ketika SRT disahkan tidak lagi bertanding di MotoGP, rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana senario itu menyukarkan lagi peluang untuk…

MotoGP: Bukan Aramco, Mooney Jadi Penaja Utama VR46 Racing Team

Setelah insiden tarik tali antara VR46 dan Aramco berlarutan hingga tiada penghujung, pasukan baharu di MotoGP itu mengumumkan Mooney selaku penaja utama. Mooney, syarikat perbankan Itali disahkan sebagai penaja utama VR46 di kelas MotoGP dan Moto2. Syarikat Itali itu akan memberi sokongan dan tajaan bagi projek MotoGP VR46 yang bakal mempertaruhkan gandingan Luca Marini dan…

Syarikat China Bangunkan Enjin 400cc 4-Silinder

Satu ketika dulu terutamanya pada era 80an dan 90an, pasaran motosikal dunia dibanjiri jentera empat-silinder 400cc. Pembangunan motosikal seperti itu kemudiannya dihentikan tidak lama selepas itu sehinggalah Kawasaki melancarkan ZX-25R pada Julai 2020. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, sebuah pengeluar OEM di China, Colove, dilaporkan sedang membangunkan enjin empat-silinder 400cc. Menariknya, laporan di China mendakwa enjin…

MotoGP: Dorna Laksana SOP Ketat Menjelang Ujian Pra-Musim Di Sepang

Penularan Covid-19 menyaksikan penganjuran MotoGP hanya berlangsung di luar Eropah sebanyak tiga kali sahaja (dua di Qatar, satu di AS) dalam tempoh dua musim ini. Meskipun musim 2021 berjalan lancar, Dorna terpaksa membatalkan enam pusingan atas faktor peningkatan kes Covid-19. Dorna turut membatalkan ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelang pembukaan tirai musim 2020…

Yamaha Cygnus Gryphus 125 Dilancarkan Di Jepun – 11.8HP, 9.8Nm

Yamaha telah pun melancarkan Cygnus Gryphus skuter 125cc khas untuk pasaran Jepun. Meskipun mengikut acuan sama seperti Cygnus X 125 namun imej keseluruhan Cygnus Gryphus 125 lebih sporty dan agresif. Bernadikan enjin 125cc, Cygnus Gryphus merupakan skuter dalam kelas sama seperti Honda Vario 125. Bagi tahun 2022, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan di ruangan enjin dan…

ARRC: Dua Musim Tertangguh, Zaqhwan Gusar Varian Omicron Pula Jadi Penghalang

Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) telah pun tertangguh selama dua musim setakat ini ekoran pandemik Covid-19. Kejuaraan motosikal itu hampir pasti kembali bagi musim 2022 namun kemuncul varian Omicron sedikit sebanyak menggugat perlumbaan itu sekali lagi. Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, yang beraksi dalam kateogri ASB1000 turut meluahkan kebimbangan terhadap varian baharu itu. “Kalau diikutkan, perancangan jadual…

Yamaha Lancar Skuter Elektrik E01 Dan E02 Tahun Depan

Tahun 2021 semakin melabuhkan tirai dengan rata-rata pengeluar motosikal telah pun mengemas kini kalendar tahun ini dengan beberapa model baharu. Yamaha juga telah melancarkan beberapa model baharu menerusi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) antaranya MT-09 dan Tracer 9 GT serta TMax 560. Dalam perkembangan terbaru, Yamaha dilaporkan bakal memperkenalkan dua motosikal elektrik serba baharu bagi…

WorldSBK: Honda Tak Lagi Pakai Ohlins Dan Brembo, Beralih Ke Showa, Nissin

Pasukan Honda WorldSBK membuat keputusan untuk tidak lagi mengguna pakai komponen Ohlins dan Brembo menjelang WorldSBK musim 2022. Keputusan itu dibuat setelah dua pelumba baharu, Iker Lecuona dan Xavi Vierge menguji jentera Honda CBR1000RR-R di Jerez dengan tetapan Ohlins-Brembo serta Showa-Nissin. Selepas penilaian termasuk input daripada kedua-dua pelumba, Honda membuat keputusan untuk menggunakan komponen buat…