Honda Vario 160 2022 Dilancarkan Di Indonesia – 15.2HP, 13.8Nm

Astra Honda Motor telah pun melancarkan Vario 160 untuk pasaran Indonesia. Bagi tahun 2022, Vario telah dikemas kini dengan rekaan baharu serta enjin bersesaran 160cc berbanding 150cc sebelum ini. Menariknya, Vario 160 juga dilengkapi beberapa ciri baharu antaranya daytime running light (DRL), ciri sama yang sebelum ini terdapat pada ADV 150. Kehadirann lampu DRL juga…

MV Agusta Terima 15,000 Pra-Tempahan Bagi Lucky Explorer 9.5 Dan 5.5

Meskipun belum lagi dipasarkan namun MV Agusta telah menerima lebih 15,000 pra-tempahan bagi dua model ADV akan datang, Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Timur Sardarov dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. “Kami telah terima lebih 15,000 pra-tempahan setakat ini. Bukan setakat Lucky Explorer sahaja, terdapat juga…

Zongshen Lancar Cyclone RX1S Di China – 249cc, 24HP

Zongshen telah pun melancarkan Cyclone RX1S di China, motosikal ADV varian terbaru itu telah dikemas kini bagi tahun 2022. Difahamkan, model tersebut bakal menyaingi Honda CB200X yang turut dipasarkan di negara itu. Dari aspek rekaan, ternyata tak tumpah sepereti RX1 namun terdapat beberapa perbezaan ketara antaranya jarak kelegaan tanah lebih tinggi, 175mm berbanding 170mm pada…

RASMI: Hafizh Syahrin Beralih Ke KYT Bagi WorldSBK 2022

Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin disahkan bakal memulakan saingan di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) musim 2022 bersama tajaan helmet baharu, KYT. Hafizh yang sekian lama menyarung helmet SHOEI sebelum ini, akan bertanding di pentas WorldSBK bersama KYT buat julung kalinya dalam karier pelumba itu. Hafizh turut mengumumkan penajaan helmet KYT di akaun Instagram miliknya…

SYM Lancar Motosikal ADV NH-T 300 Di Eropah – Enjin 278cc, 25HP

Eropah merupakan pasaran sengit bagi motosikal bersesaran 250cc hingga 400cc, maka tak hairanlah, pasaran Eropah menjadi tumpuan bagi pengeluar motosikal dunia. Terbaru, jenama motosikal Taiwan, SYM tekad untuk memberi saingan dalam pasaran motosikal adventure bersesaran 250cc hingga 400cc di Eropah menerusi NH-T 300. SYM NH-T 300 itu merupakan percubaan sulung SYM dalam menyaingi pasaran ADV…

Kawasaki Versys 650 2022 Mendarat Di Indonesia – 65.7HP, 61Nm

Kurang dua bulan selepas pelancaran global, Kawasaki Versys 650 2022 kini mendarat di pasaran Indonesia sekaligus beri bayangan motosikal berkonsepkan touring itu akan turut diperkenalkan di Malaysia. Naik taraf kali ini memfokuskan pada teknologi dan tahap keselesaan di samping rekaan baharu yang lebih segar. Bagaimanapun, spesifikasi utama antaranya bahagian chasis dan enjin masih lagi kekal…

MotoGP: Suzuki Ecstar Lancar GSX-RR 2022 Pada 4 Februari Ini Di Sepang

Suzuki Ecstar bakal merasmikan pasukan MotoGP bagi saingan musim 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Februari ini. Pelancaran tersebut dijadualkan akan berlaku pada jam 5 petang di SIC di mana dua pelumba tonggak, Joan Mir dan Alex Rins akan mendedahkan jentera Suzuki GSX-RR 2022. Menariknya, pelancaran pasukan Suzuki bagi musim 2022 itu juga…

CFMoto Bakal Lancar 250 CL-X Tahun Ini – 27.6hp, 22Nm

Selepas kejayaan 700 CL-X yang telah pun memasuki pasaran global termasuk di Malaysia, pengeluar motosikal China itu bakal memperkenalkan versi 250cc. Motosikal bersesaran 250cc itu bakal mengikut acuan rekaan sama seperti 700 CL-X terutamanya konsep neo-retro yang menjadi identiti model tersebut. Seperti 700 CL-X, model ini juga memaparkan rekaan depan yang unik dengan gabungan lampu…

Replika Yamaha R1-M VR46 Dibuka Untuk Bidaan – Dijangka Cecah RM350,000

Tahun 2021 menyaksikan Petronas meraikan ulang tahun ke-46 sejak penubuhan dan secara kebetulan merupakan tahun sama bagi Valentino Rossi membuat penampilan terakhirnya di pentas MotoGP bersama pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT). Bagi meraikan musim terakhir pelumba Itali itu, Yamaha Motor Europe telah pun mempersembahkan 46 unit edisi terhad jentera replika YZF-R1 M yang diinsiprasikan…