Toby Price telah memenangi perlumbaan Rali Dakar 2019 dengan pergelangan tangan yang retak. Ini adalah kemenangan Rali Dakar keduanya sejak tahun 2016. KTM telah memenangi perlumbaan rali ini buat kali ke-18 berturut-turut.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid). Kejadian itu berlaku ketika Lorenzo sedang menjalani latihan di atas litar tanah merah. Dia perlu menjalani pembedahan, namun, tulang skafoid selalunya sembuh dengan cepat.
Kita sudah sedia maklum bahawa menunggang motosikal boleh mengurangkan tekanan. Tetapi, sebelum ini, tiada sebarang bukti kukuh yang boleh ditunjukkan kepada mereka yang tidak mempercayainya. Kini, ada sebuah kajian sains yang bersetuju dengan dakwaan bahawa menunggang motosikal bermanfaat untuk kesihatan.
Pasukan pengilang Ducati Team telah melancarkan jentera perlumbaan Ducati Desmosedici GP19. Penunggang pasukan pengilang, Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci bersama dengan penunggang pasukan Pramac, Jack Miller, akan mengemudi jentera GP19 ini dalam kejohanan MotoGP musim 2019. Ia kini didatangkan dengan kemasan grafik berwarna merah sepenuhnya.
Shark Helmets akan menjadi penaja utama bagi Grand Prix Perancis untuk 3 tahun bermula tahun 2019. Pengeluar itu berasal dari Perancis, jadi GP Perancis ini adalah perlumbaan halaman mereka. GP Perancis 2019 akan diadakan di Litar Le Mans dari 17 hingga 19 Mei.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali mengisyaratkan bahawa pengeluaran motosikal Ducati yang pertama sudah hampir tiba. Ianya sebahagian daripada rancangan Kumpulan VW untuk bertukar ke arah kenderaan elektrik menjelang 2030. Kebanyakan negara akan mengharamkan pengeluaran kenderaan petrol dan diesel dalam tempoh satu atau dua dekad.
Sewaktu para peserta mulai melintasi garisan penamat Rali Dakar, kami tercari-cari akan nama Nicola Dutto. Rupa-rupanya dia telah disingkirkan pada hari ke-empat. Penganjur gagal memberikan penerangan yang jelas mengenai keputusan mereka itu.
Suzuki tampak sedia untuk menggarapkan sistem pemasaan injap boleh ubah (VVT) baharu pada model GSX-R1000 baharu mereka. Sistem semasa menggunakan daya emparan. Sistem baharu ini mengikuti trend semasa menggunakan VVT yang diaktifkan secara hidraulik.
BMW Motorrad telah memecahkan rekod jualan motosikal pada tahun 2018. Mereka telah melaporkan sejumlah 165,566 unit yang terjual, peningkatan sebanyak 0.9%. Jerman kekal sebagai pasaran terbesar, China muncul sebagai pasaran paling pesat membangun.