Saintis Setuju Bahawa Menunggang Motosikal Boleh Mengurangkan Tekanan

  • Kita sudah sedia maklum bahawa menunggang motosikal boleh mengurangkan tekanan.
  • Tetapi, sebelum ini, tiada sebarang bukti kukuh yang boleh ditunjukkan kepada mereka yang tidak mempercayainya.
  • Kini, ada sebuah kajian sains yang bersetuju dengan dakwaan bahawa menunggang motosikal bermanfaat untuk kesihatan.

Ada satu ‘meme’ yang berbunyi begini, “Therapy: You never see a motorcycle parked outside a psychiatrist’s office.” Mana-mana penunggang motosikal tegar sudah sedia maklum bahawa tiada benda yang lebih menyeronokkan daripada menunggang motosikal. Bagaimana pun, tiada sebarang bukti empirikal yang boleh ditunjukkan kepada mereka tidak mempercayainya.

Tetapi kini, sekumpulan penyelidik dari Institut Neurosains dan Tingkah Laku Manusia Semel, UCLA telah mengesahkannya sebagai satu fakta. Kajian berkenaan telah dibiayai oleh Harley-Davidson dan akan dipersembahkan pada masa yang kemudian tahun ini.

50 orang penunggang berpengalaman telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka telah memakai alat elektroensefalogram (EEG) mudah alih yang kelihatan seperti ‘shower cap’ yang diliputi dengan elektrod bagi mengesan aktiviti elektrikal otak. Aktiviti otak dan tahap hormon mereka dicatatkan sebelum mereka menunggang motosikal. Mereka kemudiannya diminta untuk menunggang motosikal dan memandu kereta.

Keputusannya adalah seperti berikut:

  • Menunggang motosikal mengurangkan penanda bio tekanan kortisol sehingga 28%.
  • Menunggang motosikal selama 20 minit meningkatkan kadar denyut jantung sehingga 11% dan adrenalin sehingga 27%. Bacaan ini mirip seperti bacaan yang diperolehi apabila melakukan senaman ringan.
  • Fokus deria dipertingkatkan ketika menunggang motosikal berbanding sewaktu pemanduan kereta.
  • Aktiviti otak mencadangkan peningkatan kepekaan sewaktu menunggang berbanding ketika memandu.

Professor UCLA dan ahli senior pasukan penyelidik berkenaan, Dr. Mark Cohen mengatakan bahawa tiada eksperimen makmal yang dapat menyamai perasaan yang dirasai seorang penunggang ketika berada di atas jalan raya yang terbuka.

“Perbezaan dalam tindak balas fisiologikal dan neurologikal peserta ketika menunggang berbanding aktiviti yang diukur yang lain agak ketara perbezaannya,” tambah Dr. Don Vaughn. “Ini mungkin penting bagi mengurangkan tekanan harian.”

Jadi, itulah keputusannya. Ternyatalah ‘meme’ berkenaan ada kebenarannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.