Pergelangan Tangan Jorge Lorenzo Retak

  • Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid).
  • Kejadian itu berlaku ketika Lorenzo sedang menjalani latihan di atas litar tanah merah.
  • Dia perlu menjalani pembedahan, namun, tulang skafoid selalunya sembuh dengan cepat.

Jorge Lorenzo telah mengalami kecederan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid) dan perlu menjalani pembedahan.

Penunggang dari Sepanyol itu bakal menyertai pasukan baharunya, Repsol Honda bagi pelancaran musim MotoGP 2019 mereka pada hari Rabu ini. Dia telah mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan di atas litar tanah merah.

Pakar bedah MotoGP, Dr. Mir akan mengadakan pembedahan berkenaan. Dr. Mir juga telah melakukan pembedahan ke atas teman sepasukan baharu Lorenzo, Marc Marquez, pada bulan November 2018.

Kecederaan yang dialami penunggang berkenaan merupakan satu tamparan baginya memandangkan ‘ujian musim sejuk’ yang pertama di Litar Antarabangsa Sepang hanya tinggal dua setengah minggu lagi. Harap-harapnya, dia telah pulih pada masa itu.

Kecederaan berkenaan membimbangkan Honda Racing Corporation (HRC) memandangkan Marquez juga sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahan bagi membetulkan tulang selangka kanannya yang terkehel. Tambahan pula, Cal Crutchlow dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya setelah mengalami kecederaan pada buku lalinya di Phillip Island, Australia, pada tahun lalu. Ini bermakna tiada seorang pun penunggang mereka yang 100% cergas.

Lorenzo bukanlah penunggang pertama yang mengalami kecederaan retak tulang skafoid. Casey Stoner, mendiang Nicky Hayden, Stefan Bradl, Jack Miller, Kevin Schwantz, ke semua mereka pernah mengalami keretakan tulang skafoid dalam kerjaya mereka. Tulang skafoid Hayden telah dikeluarkan setelah ia gagal sembuh dan menyebabkan keradangan.

Keretakan pada tulang skafoid

Keretakan tulang skafoid adalah kecederaan yang kerap berlaku, di mana kita secara semula jadinya akan mendepangkan tangan dan tapak tangan bagi menahan badan kita ketika terjatuh. Atas sebab inilah sarung tangan penunggang motosikal selalunya diperkukuhkan di kawasan ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.