Filem “John Wick Chapter 3 – Parabellum” bakal ditayangkan bermula bulan Mei akan datang. Filem ketiga dalam francais John Wick ini menjanjikan aksi-aksi yang menakjubkan seperti filem-filem terdahulu. Tarikan utama trailer, bagaimana pun, merupakan satu adegan kejar-mengejar bermotosikal.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Seorang rakyat Singapura menjadi pemilik Bugatti Chiron di Asia Tenggara apabila menerima penghantaran kereta itu beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini. Chiron merupakan antara kereta terpantas dan paling mewah dalam segmen ‘supercars’ dengan hanya 500 unit dihasilkan bagi pasaran seluruh dunia. Istimewanya, pemilihan warna jentera ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan pembeli dan…
Motosikal AJP PR7 adalah model dirtbike sedia rali terkini keluaran pakar dari Portugal berkenaan. Ia tampak ringkas namun sebenarnya berspesifikasi tinggi. Motosikal PR7 ini adalah sebuah jentera satu silinder 600cc.
Honda bakal memberhentikan operasi kilang kereta di Barat England pada 2021 yang akan menyaksikan seramai 3,500 akan kehilangan pekerjaan sekaligus menjadi tamparan berat buat England yang semakin menghampiri Brexit. Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media di Tokyo di mana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo memberitahu media bahawa keputusan tersebut dilakukan…
Baru-baru ini Kawasaki dan KTM di Amerika Syarikat telah memanggil semula beberapa ribu unit mereka ekoran berlakunya beberapa masalah ketika proses pemasangan namun kali ini Triumph Motorcycles turut tidak terlepas daripada melakukan tindakan sama. Triumph telah memanggil semula lebih 12,000 unit susulan kesilapan pemasangan yang menyebabkan klac kabel menyentuh pendawaian lalu mengganggu sistem elektrik motosikal….
Berita mengenai litar jalan raya yang bakal menjadi tuan rumah pusingan MotoGP Indonesia telah diterima dengan penuh keraguan. Mereka yang kurang arif berpendapat bahawa ianya merbahaya buat penunggang MotoGP dan juga penonton. Bagaimana pun, pelannya telah pun dirangka bagi mematuhi tahap keselamatan dan telah mendapat lampu hijau dari Dorna dan FIM.
Kumpulan-kumpulan bermotosikal telah melindungi masjid di seluruh New Zealand berikutan serangan masjid Christchurch. Serangan berkenaan terjadi pada 15 Mac 2019 di dua buah masjid di Christchurch, sewaktu Solat Jumaat. Kumpulan-kumpulan ini memberikan perlindungan kepada komuniti beragama Islam bagi membolehkan mereka beribadat dengan aman.
Motosikal buatan khas tiga roda Boss Hoss Lamborghini ini telah ditempah oleh seorang pelanggan di Jerman. Ia menggabungkan sebuah motosikal Boss Hoss dengan sebuah Lamborghini Aventador. Maklumat terperinci enjinnya tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan besar ianya adalah sebuah enjin Corvette V-8 LS 445, 6,200cc.
Indonesia telah menyaksikan jumlah jualan motosikal yang terbesar dalam rantau Asia Tenggara pada tahun 2018. Keseluruhan jumlah itu adalah hampir separuh daripada jumlah jualan keseluruhan bagi seluruh rantau ini. Populasi negara yang besar serta tahap pendapatan penduduknya menyumbang kepada jumlah tersebut.