Boss Hoss Lamborghini Motosikal Buatan Khas Bruce Wayne?

  • Motosikal buatan khas tiga roda Boss Hoss Lamborghini ini telah ditempah oleh seorang pelanggan di Jerman.
  • Ia menggabungkan sebuah motosikal Boss Hoss dengan sebuah Lamborghini Aventador.
  • Maklumat terperinci enjinnya tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan besar ianya adalah sebuah enjin Corvette V-8 LS 445, 6,200cc.

Anda ada segudang penuh motosikal dan kereta yang jarang digunakan dalam garaj anda, termasuklah sebuah motosikal cruiser Boss Hoss V-8 dan sebuah kereta Lamborghini Aventador. Apakah yang akan anda lakukan? Apakah yang akan ANDA buat dengannya?

Jadikannya sebuah kacukan motosikal tiga roda/Lambo!

Barangkali itulah kesnya di sini, apabila seorang pelanggan telah menempah binaan motosikal buatan khas ini. Tanggapan pertama anda mungkin mengatakan motosikal buatan khas ini adalah hasil ciptaan Boss Hoss Amerika Syarikat, dan anda tidak salah sepenuhnya, kerana motosikal ini telah dihasilkan oleh cawangan Boss Hoss yang berada di Jerman.

Menjana raksasa buas ini adalah sebuah enjin Corvette V-8, LS 445, 6,200cc (ya! 6,200cc!) 445hp, 445 lb. ft. Penjana kuasa ini adalah enjin pilihan pengasasnya, Monte Warne, sejak penghasilan motosikal Boss Hoss yang pertama pada tahun 1990.

Walaupun motosikal buatan khas tampak menakjubkan, dalam hati kami ada rasa sedikit sedih melihat sebuah motosikal dan sebuah kereta dikorbankan bagi menghasilkan kacukan ini. Namun tidak dinafikan, ia pasti menarik perhatian ramai ke mana sahaja motosikal tiga roda buatan khas ini pergi!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.