Triumph Amerika Syarikat: Lebih 12,000 Unit Dipanggil Semula

Baru-baru ini Kawasaki dan KTM di Amerika Syarikat telah memanggil semula beberapa ribu unit mereka ekoran berlakunya beberapa masalah ketika proses pemasangan namun kali ini Triumph Motorcycles turut tidak terlepas daripada melakukan tindakan sama.

Triumph telah memanggil semula lebih 12,000 unit susulan kesilapan pemasangan yang menyebabkan klac kabel menyentuh pendawaian lalu mengganggu sistem elektrik motosikal.

Difahamkan, sebanyak 12,654 unit akan terkesan dengan panggilan balik ini dengan melibatkan model klasik moden Triumph.

Model yang terkesan adalah:

1) Bonneville T120 dan T120 Black (2016-2019)

2) Bonneville T100 dan T100 Black 2017-2019)

3) Street Cup dan Street Scrambler (2017-2018)

4) Street Twin (2016-2018)

Menurut laporan, kabel klac yang menyentuh sistem pendawaian motosikal boleh menyebabkan kerosakkan terhadap pendawaian utama lalu menyebabkan kehilangan kuasa aliran elektrik ke beberapa komponen litar elektrik.

Buat masa ini, panggilan semula tersebut hanya melibatkan pasaran di Amerika Syarilat dan tiada maklumat baharu yang menyatakan isu sama berlaku di negara lain.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.