Rakyat Singapura Jadi Pemilik Pertama Bugatti Chiron Di Asia Tenggara

Seorang rakyat Singapura menjadi pemilik Bugatti Chiron di Asia Tenggara apabila menerima penghantaran kereta itu beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Chiron merupakan antara kereta terpantas dan paling mewah dalam segmen ‘supercars’ dengan hanya 500 unit dihasilkan bagi pasaran seluruh dunia.

Istimewanya, pemilihan warna jentera ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan pembeli dan pemilik ini memilih warna gabungan di antara ‘Atlantic Blue’ dan ‘French Racing Blue’ seperti Chiron pertama yang ditayangkan di Pameran Kereta Antarabangsa Geneva 2016.

Jentera luar biasa itu akan disimpan di sebuah tempat kemudahan kawalan iklim di Wearnes Automotive sekaligus menandakan kereta Chiron pertama di antara 20 unit yang akan diserahkan kepada pelanggan di sekitar benua Asia menjelang 2020.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.