Menurut MoreBikes, Yamaha R1 akan dilengkapi dengan brek belakang automatik yang akan membantu dalam memastikan tayar depan tidak terangkat ketika menunggang. Yamaha baru-baru ini telah mematenkan ciri baru yang menggunakan sistem ABS bagi memastikan kedua-dua tayar kekal di atas jalan sekaligus meningkatkan lagi tahap kawalan penunggang. Sebaik sistem sensor mengesan tayar depan akan terangkat, ABS…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Tatkala jenama motosikal lain sibuk beralih kepada penghasilan motosikal elektrik, Triumph masih kekal dengan jentera konvensional. Bagaimanapun, segalanya bakal berubah apabila pengeluar motosikal British itu kini sedang giat membangunkan jentera elektrik pertama mereka. Triumph telah pun memberi bayangan mengenai projek baharu mereka awal tahun ini dengan menghantar beberapa soalan kaji selidik kepada pelanggannya bagi melihat…
Pengerusi Fiat, John Elkann mengesahkan Maserati bakal menjadi kenderaan pertama di bawah jenama Fiat Chrysler Automobiles NV yang akan menggunakan teknologi swapandu yang sedang dihasilkan BMW AG. Elkann menjelaskan bahawa teknologi terbabit akan menawarkan bantuan pemanduan di lebuhraya. Bagaimanapun, tiada tarikh rasmi bila model Maserati dengan teknologi baharu ini akan diperkenalkan ke dalam pasaran. Fiat…
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer menegaskan pihaknya tidak akan berputus asa dengan penggunaan rangka steel trellis di samping mengkritik tindakan Ducati yang tidak lagi menggunakan rekaan sama pada 2012. Pengeluar motosikal Austria itu merupakan pasukan tunggal dalam saingan MotoGP musim ini nyang tidak menggunakan chasis aluminium twin-spar konvensional. Ducati juga pernah menggunakan chasis rangka…
Harley-Davidson melihat pasaran India – pasaran motosikal terbesar dunia – sebagai kunci utama dalam kembali mengukuhkan masa depan jenama mereka. Mengikut perancangan, pasaran India bakal menjadi saksi kepada percubaan Harley-Davidson dalam menghasilkan motosikal berenjin kecil sekaligus menyuntik penjualan yang lebih positif. Bagaimanapun, Harley-Davidson berdepan tugas sukar kerana 90 peratus pasaran 250 hingga 500cc didominasi jenama…
Mercedes menyamai rekod lima kali menamatkan perlumbaan satu-dua Formula 1 apabila Lewis Hamilton berjaya memintas rakan sepasukan Valtteri Bottas untuk menjuarai GP Sepanyol, pada Ahad. Pertahan juara, Lewis Hamilton, turut meraih bonus masa terpantas buat julung kalinya musim ini di samping kembali mendahului kedudukan kejuaraan dengan perbezaan tujuh mata di atas pesaing terdekat, Bottas. Hamilton…
Jentera Pulsar NS200 yang anda lihat dalam beberapa gambar yang dikongsikan ketika ini bukanlah model yang dilengkapi dengan aksesori ‘aftermarket’. Sebaliknya, jentera ini telah dinaik taraf dengan aksesori rasmi Bajaj yang telah dipamerkan di Pameran Motosikal Istanbul tahun lalu bersama barisan model Bajaj lain termasuk RS200, NS160, Dominar 400 dan V15. Pulsar NS200 Adventure Edition…
Pengeluar motosikal India, TVS, dikhabarkan dalam proses membina motosikal dengan silinder berkembar baharu bersama-sama BMW Motorrad. Laporan terbabit turut menyebut berkemungkinan jentera tersebut akan ditayangkan di Auto Expo 2020 pada Februari. Motosikal baharu itu akan berada dalam segmen pertengahan (500-650cc) dan akan memberi persaingan terhadap Royal Enfield 650 dan jentera Kawasaki. Meskipun TVS baharu sahaja…
Suzuki Katana merupakan antara motosikal yang paling dinantikan tahun ini – Suzuki Malaysia telah pun mengumumkan ketibaan Katana sebulan lalu – sejak diperkenalkan di EICMA 2018. Bagi menyemarakkan lagi aura Katana yang semakin membina, Suzuki kini memperkenalkan Katana edisi terhad- tetapi Katana ini didatangkan dengan empat tayar. Suzuki mengumumkan akan melancarkan Suzuki Swift Katana…