Yamaha R1 Akan Dilengkapi Sistem Brek Automatik, Tapi Apa Fungsinya?

Menurut MoreBikes, Yamaha R1 akan dilengkapi dengan brek belakang automatik yang akan membantu dalam memastikan tayar depan tidak terangkat ketika menunggang.

Yamaha baru-baru ini telah mematenkan ciri baru yang menggunakan sistem ABS bagi memastikan kedua-dua tayar kekal di atas jalan sekaligus meningkatkan lagi tahap kawalan penunggang.

Sebaik sistem sensor mengesan tayar depan akan terangkat, ABS akan bertindak dan memastikan perkara itu tidak berlaku.

Sistem tersebut juga akan membantu jentera R1 untuk memecut pada kadar yang dikehendaki penunggang tanpa perlu berasa bimbang dengan insiden tayar depan terangkat. Dalam kata lain, penggunaan brek automatik akan membantu jentera pergi lebih laju!

Bagaimanapun, bagi penunggang yang gemar membuat ‘wheelie’ diharapkan sistem baharu ini dapat dipadam mengikut pilihan penunggang.

Kalau tak macam mana nak tayang skil dan kehebatan di lebuhraya Karak nanti?