Aprilia Malaysia (Didi Resources Sdn Bhd) secara rasminya telah melancarkan model ‘sports bike’ terkini mereka iaitu Aprilia RSV4 1100 Factory. Pelancaran model ini telah dilakukan bersama para pemilik motosikal Aprilia di The Podium Penchala sempena siaran langsung MotoGP pusingan di Germany.
Category: aprilia
Pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini. Konsepnya adalah berdasarkan pada platform model Shiver 900/Dorsoduro 900. Pada ketika ini, Aprilia tidak mempunyai sebarang model dwi-sukan dalam rangkaian mereka.
Model Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 tampil dengan pelbagai kemas kini. Lebih banyak maklumat tambahan mulai muncul sejak pelancarannya pada tahun lalu. Salah satu tarikan utama pada model tahun ini adalah suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0.
Motosikal konsep Aprilia “RS660” mungkin bakal diperkenalkan sebagai model tahun 2020. Enjinnya mungkin akan diambil dari motosikal superbike RSV4, tanpa dua silinder belakangnya. Diharapkan yang ia muncul dengan tanda harga yang amat berdaya saing.
Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan. Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”. Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.
Setiap yang baik, ada pengakhirannya dan bagi peminat jentera dua roda, perkara yang paling menyedihkan sebagai seorang pemilik apabila tiba masa untuk kita melepaskan jentera kesayangan atas faktor-faktor tertentu. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Kamal Adli meluahkan rasa sedih di laman Instagram miliknya apabila terpaksa melepaskan Aprilia Shiver 750 miliknya. Pelakon berusia 32 tahun itu…
Aprilia dan Gulf telah mengumumkan kerjasama mereka bagi menghadapi MotoGP musim 2019. Kedua-dua belah pihak mengalu-alukan kerjasama baharu ini. MotoGP musim 2019 akan bermula pada 10 Mac 2019.
Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan tawaran terkini mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Aprilia Shiver 900 2019. Ini merupakan model baharu pertama yang dilancarkan oleh mereka setelah mengambil alih tugasan menjaga jenama Itali premium ini di dalam negara bertempat di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
Pesta Motosikal Utara 2019 telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baru Cina. Acara ini akan diadakan di Ipoh dan Langkawi pada dua hujung minggu berlainan. Acara-acara ini akan dianjurkan oleh Goh Brothers dan Sheng Fatt Motor.