Max Biaggi Dilantik Sebagai Duta Global Aprilia

Max Biaggi telah memenangi lima daripada enam kejuaraan dunianya dengan Aprilia. Juga dikenali dengan gelaran “The Roman Emperor”, dia merupakan salah seorang penunggang yang telah menjulang jenama tersebut, ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana penunggang yang lain. Dan oleh kerana itu, jenama dari Itali tersebut telah melantiknya sebagai Duta Global mereka.

GB Workshop Kini Dibuka Untuk Semua Motosikal Aprilia Bagi Kerja Penyelenggaraan Dan Membaiki

GB Workshop telah mengumumkan yang mereka telah bersedia untuk menerima kunjungan motosikal Aprilia bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja membaiki. Bengkel berkenaan telah dilengkapi dengan peralatan terkini termasuklah “Piaggio Advanced Diagnostics System”. Bengkel ini dikendalikan dan adalah milik Didi Resources Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar Aprilia di Malaysia.