Aprilia RSV4 X, Jentera Edisi Teramat Terhad Aprilia

  • Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan.
  • Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”.
  • Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.

Dengan pelbagai berita yang mengujakan mengenai Ducati serta model edisi terhad mereka seperti Panigale 1299 Superleggera dan Panigale V4 R, ianya amat mudah bagi kita untuk terlupa bahawa Aprilia juga mempunyai kebolehan untuk menghasilkan jentera yang sama hebat. Dan Aprilia RSV4 X adalah contoh yang datang tepat pada masanya.

Aprilia mendakwa bahawa mereka telah memanfaatkan segala-gala yang telah mereka pelajari dari kejohanan MotoGP dan WorldSBK bagi menghasilkan model X ini. Dan kami percaya akan dakwaan mereka itu. Motosikal ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menakjubkan, antaranya kelengkapan elektronik APRC, yang mana merupakan sistem elektronik yang pertama didatangkan dengan kawalan wheelie serta kawalan cengkaman sensitif sudut condong. Dan ianya sudah pasti tidak sah jika tidak dilengkapi dengan pendikit ‘Ride-by-Wire’ memandangkan Aprilia merupakan pengeluar yang telah memperkenalkan ciri ini bagi motosikal kegunaan jalan raya.

Tetapi, itu hanyalah sebahagian kecil  sahaja jika dibandingkan dengan enjinnya. Ingin tahu nisbah kuasa kuda berbanding beratnya? 225hp dan 165 kilogram. Ini bermakna nisbahnya adalah 1.36hp bagi setiap 1kg! Pengeluar berkenaan telah mengemaskini enjin standard RSV4 1100 dan melengkapkan enjin model X ini dengan ECU khusus untuk peningkatan prestasi.

Ekzos sistem sepenuhnya titanium Akrapovic dilengkapkan pada model ini. Udara masukan ditapis melalui ‘Sprintfilter’ yang hampir serupa seperti yang digunakan dalam MotoGP.

Tetapi, bagi kami, tarikan paling menarik jentera ini adalah transmisi “Aprilia No Neutral (ANN)-nya. Daripada menggunakan aturcara 1-N-2-3-4-5-6, seperti kebiasaannya, sistem ini menggunakan N-1-2-3-4-5-6. Dengan ini ia mengurangkan kemungkinan termasuk gear neutral sewaktu bertukar dari gear 1 ke gear 2 (kami pasti ramai yang pernah mengalaminya).

Pola penukaran gear ini digunakan dalam MotoGP dan kini, pengeluar dari Noale ini adalah yang pertama memperkenalkannya pada motosikal kegunaan jalan raya.

Dan juga buat pertama kalinya dalam dunia, model RSV4 X ini dilengkapi dengan angkup brek GP4-MS Brembo yang telah dicanai dari sebuah blok aluminium aloi yang pejal. Ia mencengkam cakera T-Drive Brembo.

Dan yang akhir sekali, ia didatangkan dengan reraup aerodinamik.

Model teramat terhad ini telah ditetapkan pada harga €39,900. Ianya teramat-amatlah terhad sekali, hanya sepuluh buah motosikal sahaja yang telah dibina.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]