“Selamat Tinggal Baby”

Setiap yang baik, ada pengakhirannya dan bagi peminat jentera dua roda, perkara yang paling menyedihkan sebagai seorang pemilik apabila tiba masa untuk kita melepaskan jentera kesayangan atas faktor-faktor tertentu.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Kamal Adli meluahkan rasa sedih di laman Instagram miliknya apabila terpaksa melepaskan Aprilia Shiver 750 miliknya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi suka dan duka yang ditempuh bersama jenteranya dalam tempoh beberapa tahun ini.

“good bye baby.. sumpah banyak gilaaa dugaan selama sy menjaga awak.. excident orang lain buat.. sadai bengkel 2 tahun..sy repair balik awak mahal nok harem.. tp syg pnya pasal repair jgk.. lepas elok, tiba2 excident pulak bersama saya.. alhamdulillah minor injury ja.. repair balik awak sebab syg.. dah elok kene curi pulak ngn org jahat.. lepas tu polis jumpa balik awak (tq Polis Diraja Malaysia) simpan kt balai setahun sebab mcm give up.. tp amik jgk kat balai repair lagi sekali n its time utk lepas kan awak kt org yg lebih baik n bertanggungjawab.. tqq my black babyy 😢 tolong jgn lupakan sy.. igt moment kita time jatuh tu okk.”

Daripada terlibat kemalangan berpunca daripada orang lain sehingga dicuri sebelum ditemui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kamal mengakui sudah sampai masa untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain.

Di mata orang ramai, mungkin kenyataan Kamal kelihatan kelakar dan tidak serius namun bagi peminat jentera dua roda mahupun jentera empat roda, bukan mudah untuk melepaskan kenderaan kesayangan lebih lagi apabila sudah banyak duit dibelanjakan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.