Sempena Tahun Baru Cina 2019, Perodua telah membuat satu lawatan ke Hospital Selayang untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik hospital tersebut. Program ziarah pesakit kanak-kanak telah dijalankan pada Sabtu lepas 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80…
Author: Sep Irran
BLACKPINK ‘In Your Area’ akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu ‘pit stop’ persembahan mereka pada 23 dan 24 Februari 2019 Konsert 2 hari kumpulan artis K-Pop terkemuka itu disampaikan oleh KIA Motors dimana mereka telah mengumumkan perkongsian dengan BLACKPINK Word Tour 2019 mulai tahun ini.
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia, dengan tujuh pakar terlatih dan ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang.
Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan tawaran terkini mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Aprilia Shiver 900 2019. Ini merupakan model baharu pertama yang dilancarkan oleh mereka setelah mengambil alih tugasan menjaga jenama Itali premium ini di dalam negara bertempat di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Triton 2019 awal pagi tadi. Generasi terkini trak pikap dari Mitsubishi akan dipasarkan di dalam negara dengan pilihan lima varian berbeza mulai RM100,200 ke RM135,200 (harga atas jalan tanpa insurans).
BMW Group Malaysia telah mengorak langkah baru bagi permulaan tahun 2019 dengan melancarkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. Sebagai salah satu peneraju di dalam arena e-mobiliti di Malaysia, ini merupakan satu langkah menarik dalam Visi Mobiliti BMW Group Malaysia di dalam negara.
Inginkan trak pikap atau ‘monster truck’ paling mantap di Malaysia? Anda boleh ke Hamawangsa Automall, Taman Tun Dr Ismail dimana mereka telah melancarkan Sutton CS3500 boleh didapati dengan segera dan dipasang lengkap di Malaysia.