‘Monster Truck’ Sutton CS3500 dilancarkan! RM780,888

Inginkan trak pikap atau ‘monster truck’ paling mantap di Malaysia? Anda boleh ke Hamawangsa Automall, Taman Tun Dr Ismail dimana mereka telah melancarkan Sutton CS3500 boleh didapati dengan segera dan dipasang lengkap di Malaysia.

Dari segi kuasa, model Sutton CS3500 dipasangkan dengan enjin 3.5-liter V6 DOHC twin turbo yang mampu menjana 450hp dan 691Nm tork maksimum! Segala kuasa dikawal melalui sistem transmisi automatik 10-kelajuan yang boleh dilaraskan untuk kegunaan seharian dan juga pelbagai aktiviti ‘off-road’.

Sistem suspensi mantap Fox Racing Shox dengan kawalan terunggul memberi prestasi tiada tandingan untuk apa jua keadaan jalan. Gabungan enjin dan suspensi memberi kuasa pecutan 0-100km/h dalam 5.5 saat.

Tayar 17-inci aluminium mengurangkan berat keseluruhan kenderaan telah digabungkan dengan BF Goodrich All Terrain T/A KO2 315/70 R17.

Bahagian dalaman yang luas dan selesa telah ditambahbaikkan lagi dengan tempat duduk depan elektrik bersama sokongan bahagian belakang, kawalan penyejukan dan pemanas serta kawalan penghawa dingin dua zon. Bahagian dalaman juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang anda boleh lihat dibawah.

Dari segi harga, model Sutton CS3500 Monster Truck ini akan ditawarkan dari RM780,888 (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat lima warna pilihan iaitu Putih, Hitam, Biru, Merah dan Kelabu. Semua model akan datang bersama waranti Nazamax selama 3 tahun atau 60,000km.

Hamawangsa juga menawarkan varian enjin 3.0-liter diesel yang memberi jarak perjalanan sejauh 800km (600km untuk varian 3.5-liter petrol).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Hamawangsa Automall yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply