Model Ducati Diavel 1260 yang baharu dan Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk. Para juri menganugerahkan penghormatan ini kepada produk berdasarkan reka bentuk dan inovasi. Para pemenang boleh menayangkan label Red Dot pada produk mereka.
Author: Zarul Faiz
Mahkamah Rayuan MotoGP telah memutuskan yang winglet lengan ayun Ducati tidak menyalahi peraturan. Ianya berikutan dengan bantahan yang dikemukakan oleh empat pengeluar selepas perlumbaan MotoGP Qatar. Keputusan ini bermakna yang Andrea Dovizioso mengekalkan kemenangan, mata, dan kedudukannya dalam anak tangga kejohanan.
Dua orang pelumba motosikal dari Costa Rica telah terlibat dalam satu pertembungan yang telah menyebabkan mereka terbabas. Berasa tidak puas hati, mereka telah bertumbuk sesama mereka. Persatuan Motosikal Amerika Latin telah menyingkir mereka dari perlumbaan tersebut dan mengharamkan kedua-dua penunggang berkenaan.
Jentera perlumbaan KTM RC16 menggunakan kerangka keluli trellis dan suspensi WP. Ini berbeza berbanding dengan spar aluminium dan suspensi Öhlins yang menjadi pilihan pasukan MotoGP yang lain. Apabila ditanya sama ada mereka akan menukarkan kelengkapan dan bahagian tersebut, ketua pasukan KTM menidakkannya.
Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan. Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”. Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.
Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun 2019. Kilang ini bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal di Thailand. Untuk Thailand sahaja, RE telah menerima lebih daripada 700 buah tempahan bagi model Intercepter 650 dan Continental 650 GT yang baharu.
Detik ‘countdown’ bagi festival Phuket Bike Week kali ke-25 telah bermula. Acara tahun ini akan berlangsung dari 12 hingga 14 April di Pantai Patong, dan 19 hingga 20 April di Phuket Boat Lagoon Sekitar 50,000 orang pengunjung dijangka akan menghadiri pesta tahun ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menjelaskan mengapa Persatuan Automobil Malaysia (AAM) telah disingkir sebagai badan induk sukan permotoran negara. KBS telah mengesyorkan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) kepada FIM bagi menggantikan tempat AAM. Menurut Pesuruhjaya Sukan FIM, “AAM kerap kali melanggar peraturan.”
Sumber imej: Wikipedia Pereka dan pembina motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat, Arlen Ness, telah meninggal dunia. Dia lebih dikenali sebagai “King of Custom Motorcycles”. Dia juga bertanggungjawab atas reka bentuk motosikal Victory dan Indian.