Arlen Ness Meninggal Dunia (1939 – 2019)

Sumber imej: Wikipedia

  • Pereka dan pembina motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat, Arlen Ness, telah meninggal dunia.
  • Dia lebih dikenali sebagai “King of Custom Motorcycles”.
  • Dia juga bertanggungjawab atas reka bentuk motosikal Victory dan Indian.

Pereka dan pembina motosikal terkemuka dari Amerika Syarikat, Arlen Ness, telah meninggal dunia. Berita ini telah disahkan oleh Ultimate Motorcycling.

Ness adalah satu nama yang cukup gah sekali dalam kancah motosikal buatan khas dan lebih dikenali sebagai “King of Custom Motorcycles”. Dia bertanggungjawab membina beberapa buah motosikal yang berjaya menggondoli anugerah dalam hayatnya, meraih gelaran “Builder of the Year” dan anugerah “Lifetime Achievement Award” buat dirinya. Dia juga telah dimasukkan dalam “Motorcycle Hall of Fame” di Amerika Syarikat.

Arlen Ness bukan sekadar telah membina motosikal-motosikal ini, dia juga telah merintis penjualan alat ganti buatan khas dan aksesori melalui pesanan pos. Di mana sahaja anda tengok anda akan dapat lihat yang hampir ke semua motosikal Harley-Davidson dilengkapi dengan aksesori Arlen Ness.

Selain itu, dia juga telah dirisik oleh Polaris bagi membuat rekaan bagi motosikal Victory dan Indian. Model paling terkenal rekaannya adalah Victory Vision Tour.

Empayarnya turut diperluaskan kepada kelengkapan menunggang dengan usahasama bersama Berik.

Anaknya, Cory, bersama dengan cucunya, Zack akan mengambil alih perusahaannya itu. Kedua-dua mereka juga merupakan pembina motosikal buatan khas yang disegani.

Dunia permotosikalan telah kehilangan seorang tokohnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.