Dua Pelumba Bertinju Di Atas Litar

Sumber imej: Dailymail.co.uk
  • Dua orang pelumba motosikal dari Costa Rica telah terlibat dalam satu pertembungan yang telah menyebabkan mereka terbabas.
  • Berasa tidak puas hati, mereka telah bertumbuk sesama mereka.
  • Persatuan Motosikal Amerika Latin telah menyingkir mereka dari perlumbaan tersebut dan mengharamkan kedua-dua penunggang berkenaan.

Pergaduhan fizikal adalah satu kes yang semakin jarang ada dalam perlumbaan motosikal masa kini kerana para penunggang perlu menampilkan sikap yang professional sama ada sewaktu berada di atas litar mahu pun luarnya. Namun kadang kala, emosi dan adrenalin menguasai diri dan mengakibatkanterjadinya kejadian yang ingin dielakkan ini.

Sebagai contoh adalah sebuah insiden yang telah berlaku sewaktu perlumbaan Moto2 di Litar Misano pada tahun lalu, di mana Romano Fenati telah menarik tuil brek hadapan pada jentera tunggangan Stefano Manzi. Insiden ini telah mencetuskan keberangan para peminat sukan permotoran ini di seluruh dunia. Fenati kemudiannya telah dipecat dari pasukannya ketika itu dan sepatutnya telah diharamkan dari berlumba seumur hidup. Tetapi Dorna dan FIM telah memutuskan untuk membenarkannya berlumba dalam kejohanan Moto3 pada tahun ini.

Itu sepatutnya sudah cukup untuk dijadikan sebagai amaran buat para penunggang di luar sana bukan? Sepatutnyalah. Tetapi, apabila amarah telah menguasai seseorang itu, sukar baginya untuk bertindak rasional.

Pergaduhan berikut adalah antara Marion Calvo dan Jorge Martinez sewaktu satu perlumbaan kebangsaan di Costa Rica.

https://www.facebook.com/CRFMOTORS/videos/2265586293762526/

Kedua-dua penunggang telah bertembung sewaktu membrek sebelum memasuki satu selekoh, menyebabkan Martinez terjatuh dari jenteranya. Martinez bagaimana pun berjaya bergayut pada bonggol pelana Calvo, menyebabkan jentera tersebut hilang kawalan.

Apabila jentera tersebut berhenti sepenuhnya, Martinez boleh sahaja meluru ke jenteranya semula dan meneruskan perlumbaan. Sebaliknya, dia gagal mengawal perasaan marahnya dan melepaskan tumbukan terhadap Calvo. Calvo terjatuh dari jenteranya.

Sumber imej: Dailymail.co.uk

Calvo kemudiannya menyerang Martinez dan menolaknya semula, sebelum kedua-dua penunggang meneruskan perlumbaan mereka.

Seperti yang dijangkakan, Persatuan Motosikal Amerika Latin telah menyingkir mereka berdua dari perlumbaan tersebut dan kemudiannya mengharamkan kedua-dua penunggang berkenaan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]