Remaja 19 Tahun Ketua Kumpulan Curi Motosikal Di Kedah

 

Wakil Honda, Marc Marquez,  menjuarai kategori Moto2 diusia 19 tahun pada 2012 sebelum beralih ke MotoGP bagi musim berikutnya namun bagi seorang remaja 19 tahun di Malaysia, dia telah pun mengetuai sekumpulan 14 individu lain dalam aktiviti mencuri motosikal milik warga emas dan pekerja asing.

Baru-baru ini polis telah menahan remaja dari Bedong, Kedah itu bersama 14 anggota lain – berusia 15 hingga 35 tahun – ekoran terlibat dalam lebih daripada 20 kes mencuri motosikal.

Menurut laporan Sinar Harian, kumpulan tersebut dikenali sebagai Geng Gana.

Disyaki memulakan aktiviti jenayah mereka awal tahun ini, ketua berusia 19 tahun itu memiliki lima rekod jenayah termasuk kes rompakan dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah, mengesahkan kesemua ahli kumpulan tersebut telah dikesan semenjak 11 Mac lalu dan aktif melakukan aktiviti mereka di sekitar Sungai Petani.

Difahamkan, seorang mangsa berusia 71 tahun telah disamun kumpulan terbabit sekitar jam 6.20 pagi pada 20 Februari lalu.

Mangsa telah dihimpit oleh tiga suspek sambil mengacukan pisau di leher sebelum melakukan rompakan. Mangsa dipukul dibahagian muka menggunakan topi keledar sebelum dirompak.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply