Gejala Rempit Mula Bertapak Di Singapura?

Sekumpulan motosikal kapcai di Singapura telah mengadakan sesi konvoi beramai-ramai di jalan raya negara itu Sabtu lalu lalu mencetuskan rasa kurang senang oleh penduduk setempat.

Difahamkan, konvoi tersebut – yang melibatkan lebih daripada 40 buah motosikal – telah dirancang oleh kumpulan ‘kapcaisinga’ yang bertanggunjawab memuat naik video di laman sosial Instagram mereka.

Walaupun isu rempit di Malaysia merupakan senario biasa, namun ia boleh dianggap perkara asing bagi penduduk di Singapura dengan majoriti rakyat negara tu meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial.

Bagaimanapun, aktiviti mereka telah pun disekat pihak polis sekitar jam 2 pagi di Bukit Batok. Kumpulan itu kemudiannya memuat naik kenyataan di laman sosial mereka dan menyuarakan rasa bangga kerana menerima penyertaan yang ramai.

Meskipun isu rempit bukan perkara baru di Malaysia tetapi sehingga kini senario itu masih mencetuskan rasa marah pengguna jalan raya lain dan bagi negara jiran, Singapura, bertabahlah kerana ini mungkin permulaan kepada budaya rempit yang mula bertapak.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]