Aksi membahayakan nyawa yang telah dilakukan Romano Fenati ke atas Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 GP San Marino telah berjaya dirakamkan. Penunggang panas baran dari Itali itu telah bergeser dengan Stefano Manzi sewaktu perlumbaan Moto2 tersebut. Fenati telah dibatalkan kelayakan perlumbaan tersebut dan telah menerima penggantungan dua perlumbaan.
Author: Zarul Faiz
Penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso telah menakluki perlumbaan MotoGP San Marino 2018. Penunggang yang menduduki Petak Pertama, Jorge Lorenzo, telah terbabas sewaktu perlumbaan berbakikan dua pusingan. Marc Marquez berjaya mendapat tempat ke-dua dan menjarakkan lagi kedudukannya sebagai pendahulu kejohanan.
Perlumbaan Moto3 GP San Marino merupakan sebuah perlumbaan yang penuh dengan drama. Lorenzo Dalla Porta telah berjaya memenangi perlumbaan tersebut setelah pertarungan lima penjuru yang mendebarkan. Marco Bezzechi terbabas dan mengembalikan semula takhta pendahulu kejohanan ke tangan Jorge Martin.
Penunggang bagi pasukan Ducati, Jorge Lorenzo, berjaya memecahkan rekod catatan masanya di litar tersebut bagi merangkul Petak Pertama bagi pusingan MotoGP San Marino 2018. Pendahulu kejohanan, Marc Marquez telah terbabas pada awal sesi dan telah mengakhiri sesi kelayakan di posisi ke-lima. Jack Miller berjaya menunggang dengan hebat sewaktu sesi berkenaan dan berjaya menduduki petak ke-dua,…
Ianya telah diperkatakan oleh ramai bahawa BMW mungkin akan memperkenalkan enjin Boxer 1,254cc yang baharu. Enjin baharu ini dijangka akan menjana model R 1250 GS dan R 1250 RT yang baharu. Namun, CARB telah mendedahkan yang ianya akan menjana keseluruhan rangkaian “R”.
Lebih banyak rahsia enjin tiga selari Moto2 765cc Triumph telah terbongkar. Enjin jentera perlumbaan tersebut secara amnya adalah enjin standard. Enjin baharu akan menjana jentera Moto2 bermula tahun 2019.
Suzuki telah mendedahkan motosikal konsep Katana yang baharu sewaktu acara pertunjukan motosikal EICMA 2017. Kini, pengeluar tersebut telah memuatnaik satu video usikan. Motosikal Suzuki Katana baharu dijadual akan diperkenalkan sewaktu Intermot pada 2 Oktober.
Kawasaki Motors (Malaysia) telah menambah satu lagi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop. Fasiliti yang terbaru itu diuruskan oleh SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan terletak di Bandar Sunway. Cawangan ini juga dilengkapi dengan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. (Kawasaki Exclusive Service Centre).
Masters of Dirt All In Tour 2018 telah bersedia untuk menggegarkan negara pada 13 Oktober 2018. Pertunjukan sukan permotoran gaya bebas ekstrim akan diadakan di Axiata Arena bersempena dengan Hari Sukan Kebangsaan. Tiket boleh didapati di laman MyTicket.Asia dari RM88-RM398.