Triumph telah menyerahkan enjin-enjin Moto2 kepada rakan kerja teknikal mereka sewaktu hujung minggu GP Aragon yang lalu. Rakan kerja teknikal mereka, ExternPro, akan membina dan menyelenggara enjin-enjin tersebut sepanjang musim. Penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa pembangunan dan bermulanya era baharu Moto2.
Author: Zarul Faiz
HLYM telah melancarkan Buku Panduan Kesedaran Keselamatan Penunggangan bagi memupuk kesedaran keselamatan terutamanya di kalangan pemilik motosikal baharu. Makalah ini akan disertakan dengan setiap motosikal baharu yang dibeli melalui wakil pengedar. Wakil pengedar bertanggungjawab dalam memberi taklimat kepada setiap pemilik baharu mengenai keselamatan, yang terdapat dalam makalah berkenaan.
Di sini kami senaraikan lima lagi tip penunggangan dari para penunggang professional. Penunggang professional mula menunggang menggunakan teknik yang sama seperti semua penunggang. Teknik-teknik asas ini kemudiannya telah diasah bagi disuaikan mengikut jenis motosikal yang mereka kemudi.
Model Honda CB650F 2018 adalah versi naked bagi motosikal ber-reraup CBR650F. Kedua-dua motosikal ini berkongsi enjin yang sama namun dengan dinamik penunggangan yang berbeza. Model CB650F ini dihasilkan sebagai sebuah motosikal lumba naked, namun, ia juga merupakan sebuah motosikal yang serba boleh.
Rangkaian GoPro Hero 7 telah dilancarkan. Rangkaian ini terdiri daripada Black, Silver, dan White dengan fungsi yang disediakan ternyata berbeza. Menurut Funsportz Sdn. Bhd.,model Hero 7 akan tiba di Malaysia dalam masa dua minggu yang akan datang.
Distinguished Gentleman’s Ride meliputi motosikal moden retro seperti motosikal Moto Guzzi. Motosikal Moto Guzzi V7 III Carbon dan V7 III Rough telah dilancarkan sejurus sebelum acara tahun ini. Para penunggang juga boleh mendapatkan pakaian segak dari Tiga Supply Co. dan Stronghold Cycles untuk acara DGR.
Perkhidmatan e-panggilan teksi motosikal, Dego Ride, telah diberi amaran untuk menghentikan operasi. Pihak kerajaan tidak membenarkan perkhidmatan itu untuk diteruskan demi keselamatan. Ianya telah dilaporkan bahawa Dego Ride telah memulakan kembali perkhidmatan mereka pada minggu lalu setelah diarahkan untuk berhenti oleh kerajaan sebelum ini.
Sebelum ini, kami telah mempratontonkan model Moto Guzzi V7 III Rough 2018. DIDI Resources Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal berkenaan di Malaysia. Harga bermula dari RM69,900 bagi unit pengenalan dan RM75,000 untuk unit yang berikutnya (harga asas beserta SST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Suzuki Italia telah mempratontonkan jentera GSX-R1000 mengagumkan yang diliputi dengan karbon fiber. Motosikal ini dengan rasminya bergelar Suzuki GSX-R1000 Ryuyo, dan hanya akan dibina sebanyak 20 unit. Maklumat lanjut akan diketahui sewaktu pelancaran rasminya ketika pertunjukan motosikal EICMA 2018.