GoPro Hero 7 Black, Silver, Dan White Dilancarkan Bakal Tiba Di Malaysia

  • Rangkaian GoPro Hero 7 telah dilancarkan.
  • Rangkaian ini terdiri daripada Black, Silver, dan White dengan fungsi yang disediakan ternyata berbeza.
  • Menurut Funsportz Sdn. Bhd.,model Hero 7 akan tiba di Malaysia dalam masa dua minggu yang akan datang.

Buat para peminat GoPro, ini berita baik untuk anda. GoPro, jenama kamera aksi paling ternama dunia telah melancarkan rangkaian Hero 7 yang terdiri daripada edisi Black, Silver dan White.

Kami telah menghubungi Funsportz Sdn. Bhd., pengedar rasmi tunggal kamera GoPro di Malaysia dan mereka menyatakan bahawa rangkaian Hero 7 mungkin akan tiba dalam masa dua minggu yang akan datang. Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan.

GoPro adalah satu jenama yang cukup terkenal dengan kamera aksi mereka sehingga ramai yang memanggil sebarang kamera aksi sebagai “GoPro”, tidak kiralah siapa pun pengeluarnya.

Namun, pada ketika saham GoPro merudum teruk, syarikat yang bertapak di San Mateo, California ini telah mengatur semula rangkaiannya yang sesak itu, dengan menghapuskan sesetengah produk, dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi produk kemahiran mereka.

Tiga versi dalam Hero 7 adalah hasil strategi berkenaan.

Mari kita lihat dahulu ciri-ciri Hero 7 Black premium mereka:

  • GoPro Hero 7 menggunakan cip pemprosesan GP1 buatan mereka sendiri. Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif GoPro, Nick Woodman, menggunakan cip hasilan mereka sendiri menyelesaikan masalah penggunaan cip pihak ketiga yang tersedia buat ke semua produk pesaing mereka.
  • Ciri paling utama bagi Hero 7 Black adalah fungsi penstabil imejHyperSmooth“. Berdasarkan video yang telah dimuat naik pada laman sesawang GoPro dan ulasan oleh pengguna, rakaman saling tidak tumpah seperti video yang dirakam menggunakan penstabil-gimbal tahap professional. Anda tidak perlu lagi membeli penstabil Karma.
  • Manfaat fungsi HyperSmooth ini boleh dilihat pada fungsi video TimeWarp.
  • Dengan GoPro Hero yang sebelum ini, fungsi ini menangkap gambar pada senggang masa yang tetap kemudian menggabungkannya menjadi sebuah video.
  • Masalah timbul apabila gambar yang ditangkap adalah pada sudut berbeza akibat pergerakan kamera, menghasilkan video tersekat-sekat yang kurang memuaskan.
  • Fungsi Hero 7 Black pula merakam video sebenar di samping menggunakan algoritma HyperSmooth bagi mencipta video selang masa yang amat lancar.
  • Satu lagi fungsi adalah SuperPhoto. Ia berfungsi dengan ‘melihat’ pemandangan yang anda sedang rakamkan dan menganalisa bagi memberikan kualiti gambar terbaik dengan menggunakan Auto Low Light dan HDR (High Dynamic Range) bagi meningkatkan warna dan jangkauan tona. Resolusi maksimum adalah 12MP dan anda juga boleh rakam dalam bentuk RAW.
  • Selain itu, rakaman dalam resolusi 4K kini boleh dilakukan dalam 60, 30, dan 24 fps pada FOV (Field of View) lebar. Merakam dalam mod SuperView FOV akan menjadikan kadar bingkai jatuh ke 30 dan 24 fps.
  • Video 1080p kini boleh dirakam sehingga 240 fps.
  • Video anda boleh disiar secara langsung melalui sama ada sambungan Wi-Fi ke telefon pintar anda atau secara terus melalui jaringan Wi-Fi.
  • GoPro juga telah meningkatkan kualiti bunyi dengan menggunakan ‘3-mic’ yang memproses teknologi ‘Advanced Wind Noise Reduction’. Ia juga dilengkapi dengan penyesuai mikrofon 3.5mm untuk mikrofon luaran.
  • Hero 7 Black ini kalis air sehingga 10 meter tanpa memerlukan bekas pelindung kalis air.
  • Bateri litium-ion 1220 mAh yang boleh dicas semula boleh ditanggal untuk dicas, bermakna anda boleh tukarnya dengan bateri yang sudah dicas penuh.
  • Dan akhir sekali, fungsi arahan suara dan skrin sentuh dikekalkan, dan antaramuka pengguna untuk skrin sentuh telah ditambah baik.
    GoPro Hero 7 Black ini telah ditetapkan pada harga $399.99.

Bagi Hero 7 Silver tahap pertengahan, ciri-cirinya sedikit lebih bawah berbanding Hero 7 Black, namun tidaklah terlalu rendah.

  • Pertama sekali, ia tidak menggunakan cip pemprosesan GP1.
  • Ia tidak didatangkan dengan ciri HyperSmooth, tetapi ia menggunakan penstabil video yang ada pada Hero 6 Black, yang tidak kurang hebatnya.
  • Tidak dilengkapi dengan fungsi TimeWarp dan SuperPhoto, dan menangkap gambar pada 10MP maksimum.
  • Memiliki kebolehan rakaman video 4K walaupun pada maksimum 30 fps, selain daripada 24 fps asas. 4K hanya ada pada Wide FOV.
  • Menggunakan bateri binaan dalaman dan dengan itu tidak boleh ditanggalkan untuk pengecasan.
  • Seperti Hero 7 Black, edisi Silver juga kalis air sehingga 10m, dan memiliki kawalan suara dan sentuh.
  • GoPro Hero Silver 7 ditetapkan pada harga $299.99.

Akhir sekali, Hero 7 White tahap permulaan.

  • Seperti mana yang ada pada Hero 7 Silver, Hero 7 White tidak menggunakan cip pemprosesan GP1, begitu juga dengan fungsi penstabil video HyperSmooth, TimeWarp, serta SuperPhoto.
  • Penstabil videonya diambil dari model Hero 6.
  • Resolusi video maksimum adalah 1080p bagi 60 atau 30 fps, untuk Wide FOV sahaja.
  • Baterinya juga binaan dalaman, bermakna anda tidak boleh menggunakan kamera sewaktu mengecas.
  • Kalis air sehingga 10m, mempunyai ciri arahan suara dan skrin sentuh, namun tanpa penanda GPS.
  • GoPro Hero 7 White ditetapkan pada harga $199.99.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply