Amaran Kementerian Pengangkutan Kepada Dego Ride : Hentikan Operasi Atau Hadapi Tindakan

  • Perkhidmatan e-panggilan teksi motosikal, Dego Ride, telah diberi amaran untuk menghentikan operasi.
  • Pihak kerajaan tidak membenarkan perkhidmatan itu untuk diteruskan demi keselamatan.
  • Ianya telah dilaporkan bahawa Dego Ride telah memulakan kembali perkhidmatan mereka pada minggu lalu setelah diarahkan untuk berhenti oleh kerajaan sebelum ini.

Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan satu lagi amaran buat perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride, supaya menghentikan operasi mereka dengan serta merta atau pihak kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah menegaskan sewaktu satu sidang akhbar bahawa kerajaan kekal dengan pendirian menentang pekhidmatan teksi motosikal panggilan atas sebab-sebab keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook – Sumber imej: mole.my

“Kami tidak akan membenarkan perkhidmatan Dego Ride di Malaysia kerana kami tidak bersetuju dengan apa-apa jenis perkhidmatan perkongsian pengangkutan yang melibatkan motosikal,” ujar Menteri berkenaan selepas satu mesyuarat kabinet di kementeriannya.

Kerajaan menolak perkhidmatan tersebut kerana pada masa ini sudah terlalu banyak kemalangan yang melibatkan motosikal di Malaysia dan percaya yang sebuah perkhidmatan teksi motosikal akan hanya menambah kepada statistik berkenaan, lebih-lebih lagi kerana ianya melibatkan penumpang.

Loke juga telah menambah, “Kami akan mengerahkan pegawai penguatkuasa untuk kes Dego Ride ini”.

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini telah pun mengharamkan perkhidmatan ini pada bulan Februari 2018, dan sebab yang telah diberikan adalah Malaysia sudah mempunyai sistem pengangkutan awam yang meluas.

Loke sejak itu telah membentangkannya di Dewan Rakyat pada bulan Julai tahun ini mengatakan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan perkhidmatan ini dijalankan, atas sebab yang sama berkenaan keselamatan dan jumlah statistik kemalangan dan korban kemalangan motosikal yang tinggi.

Bagaimana pun, perkhidmatan e-panggilan teksi motosikal itu telah memulakan kembali operasi mereka dalam skala kecil di sekitar Lembah Klang pada minggu lalu, seperti mana yang telah dilaporkan Free Malaysia Today.

Pengasas Dego Ride, Nabil Faisal Bamadhaj dilaporkan telah berjumpa dengan pegawai Kementerian Pengangkutan dan berasa yakin yang Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membenarkan perkhidmatan ini dihidupkan semula.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]