Ducati telah memulakan pengilangan bagi model Ducati Diavel 1260 2019. Motosikal Diavel 1260 ini menggunakan enjin DVT 1,262cc 159hp yang sama seperti model Multistrada 1260. Ia juga dilengkapi dengan kawalan cengkaman sensitif sudut condong dan ‘Cornering ABS’.
Author: Zarul Faiz
Toby Price telah memenangi perlumbaan Rali Dakar 2019 dengan pergelangan tangan yang retak. Ini adalah kemenangan Rali Dakar keduanya sejak tahun 2016. KTM telah memenangi perlumbaan rali ini buat kali ke-18 berturut-turut.
Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid). Kejadian itu berlaku ketika Lorenzo sedang menjalani latihan di atas litar tanah merah. Dia perlu menjalani pembedahan, namun, tulang skafoid selalunya sembuh dengan cepat.
Husqvarna kini turut menceburi segmen motosikal jalan raya. Model-model Husqvarna Vitpilen 701, Husqvarna Vitpilen 401, dan Husqvarna Svartpilen 401 telah tiba di Malaysia. Setiap model ini memenuhi keperluan sub kategori yang berbeza, walaupun ia berkongsi platform enjin yang sama.
Kita sudah sedia maklum bahawa menunggang motosikal boleh mengurangkan tekanan. Tetapi, sebelum ini, tiada sebarang bukti kukuh yang boleh ditunjukkan kepada mereka yang tidak mempercayainya. Kini, ada sebuah kajian sains yang bersetuju dengan dakwaan bahawa menunggang motosikal bermanfaat untuk kesihatan.
Konvoi “Tour Melaka 2018” telah diadakan bagi mempromosikan Melaka sebagai destinasi yang menyeronokkan buat penunggang motosikal, yang merupakan sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Melaka 2019. Oleh itu, pihak penganjurnya telah menjemput para penunggang dari Thailand dan Singapura. Konvoi ini membawa para peserta mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong paling popular di sekitar Melaka dalam tempoh dua hari.
Kami telah berpeluang beramah mesra dengan sekumpulan penunggang Harley sewaktu Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Motosikal HTC. Ahli kumpulan ini kebanyakannya menunggang model Touring dan Softail kerana mereka aktif mengembara. Kelab ini juga bergerak aktif dalam acara kebajikan sewaktu mereka keluar berkonvoi.
Pasukan pengilang Ducati Team telah melancarkan jentera perlumbaan Ducati Desmosedici GP19. Penunggang pasukan pengilang, Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci bersama dengan penunggang pasukan Pramac, Jack Miller, akan mengemudi jentera GP19 ini dalam kejohanan MotoGP musim 2019. Ia kini didatangkan dengan kemasan grafik berwarna merah sepenuhnya.
Shark Helmets akan menjadi penaja utama bagi Grand Prix Perancis untuk 3 tahun bermula tahun 2019. Pengeluar itu berasal dari Perancis, jadi GP Perancis ini adalah perlumbaan halaman mereka. GP Perancis 2019 akan diadakan di Litar Le Mans dari 17 hingga 19 Mei.