Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Motosikal HTC 2019

  • Kami telah berpeluang beramah mesra dengan sekumpulan penunggang Harley sewaktu Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Motosikal HTC.
  • Ahli kumpulan ini kebanyakannya menunggang model Touring dan Softail kerana mereka aktif mengembara.
  • Kelab ini juga bergerak aktif dalam acara kebajikan sewaktu mereka keluar berkonvoi.

Pemilik dan juga kelab pemilik Harley-Davidson ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang, seperti mana berbilangnya jenis model yang ditawarkan. Kami berpeluang bertemu salah sebuah kumpulan tersebut sewaktu Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Motosikal HTC 2019 dengan bantuan Harley-Davidson Petaling Jaya.

Ahli kelab HTC MC mengambil nama “G”, seperti Dei G, Loyar G, Ban G, dan sebagainya. Ke semua mereka menunggang motosikal Harley; kebanyakannya dari model Touring dan Softail. Ahli jawatankuasa kumpulan, Loyar G, memberitahu penulis yang ianya kerana mereka suka menunggang jarak jauh.

Dei G juga turut memberitahu penulis bahawa Kelab Motosikal HTC membincangkan rancangan mereka dalam sebuah jawatankuasa, berbanding hanya antara presiden, naib presiden dan sebagainya. Rancangan akan dibincangkan dalam jawatankuasa berkenaan.

Kami telah duduk bersama dengan dua orang ahli jawatankuasa berkenaan, Dei G dan Loyar G untuk satu temu bual ringkas.

MotoMalaya (MM): Berapa lamakah Kelab Motosikal HTC ini telah wujud?
Loyar G: Kami telah wujud untuk lebih daripada 5 tahun.
Dei G: Kami telah ditubuhkan pada 20 Julai 2013, jadi, pada bulan Julai ini, kami akan memasuki tahun ke-enam.

MM: Kami nampak banyak motosikal yang diparkir di bawah. Berapa banyak ahli kumpulan yang anda ada?
Dei G: Kami ada hampir 150 ahli rasmi. Bagaimana pun, menghadiri majlis makan malam tahunan malam ini, termasuklah pasangan masing-masing, jumlahnya hampir 140.

MM: Apakah yang dilakukan oleh HTC MC sewaktu kebanyakan konvoi?
Loyar G: Kami telah menunggang ke seluruh Semenanjung Malaysia dan sekali-sekala ke Thailand dan melawat rumah kebajikan sewaktu kami menunggang. Contohnya seperti sewaktu Hari Malaysia yang lalu, kami mengambil peluang itu untuk menunggang ke Kuantan, Johor, Seremban dan kembali ke Kuala Lumpur. Kami telah mengadakan program kebajikan sepanjang perjalanan tersebut.
Dei G: Menambah pada apa yang Loyar G katakan tentang konvoi kebajikan Hari Malaysia, kami akan mengadakannya setiap tahun, kerana ianya sewaktu cuti umum.
Loyar G: Kami telah pergi ke empat buah pusat kebajikan pada tahun lalu; Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, rumah orang tua di Kuantan, rumah anak yatim di Batu Pahat, dan sebuah lagi rumah anak yatim di Seremban.

MM: Apaka rancangan anda bagi tahun 2019?
Loyar G: Kami merancang untuk menjalankan lebih banyak kerja kebajikan bagi tahun 2019. Itulah sebabnya kami mengadakan lelongan malam ini.
Dei G: Kami mengadakan majlis makan malam tahunan kami sebelum Tahun Baru Cina. Ada dua tujuan untuk makan malam ini. Yang pertama ialah bagi para ahli kumpulan beramah mesra dan yang keduanya untuk melelong barangan yang ditaja oleh para ahli dan penaja rasmi. Ianya bagi mengumpul dana kebajikan untuk tahun ini. Kami hanya mengumpulkan dana kebajikan sekali sahaja setahun dan menggunakannya bagi keseluruhan tahun berkenaan. 100% daripada apa yang telah dikutip pada malam ini akan digunakan untuk kerja amal. Kelab kami ada dua buah akaun yang berasingan, satu untuk kerja kebajikan dan satu lagi untuk tujuan pengurusan kelab.

MM: Sejak kelab ini bermula lima tahun yang lalu, apakah pandangan anda mengenai pengedar eksklusif baharu Harley-Davidson Petaling Jaya?
Loyar G: Ianya sentiasa menyenangkan mempunyai pengedar di setiap negara yang mempromosikan motosikal Harley. Tahap popularitinya semakin meningkat saban tahun dan lebih banyak yang mula membeli Harley.

MM: Apakah nasihat yng boleh anda berikan berkenaan dengan keselamatan jalan raya, memandangkan anda seorang penunggang berpengalaman?
Dei G: Nasihat kami adalah sentiasa patuhi peraturan. Sebagai penunggang kita perlu bertolak ansur sesama pengguna jalan raya. Kita beri laluan kepada pemandu kereta dan mereka pasti akan membalasnya semula. Kami kekal pada satu lorong semasa kami berkonvoi.
Loyar G: Kami kekal di satu lorong walaupun kami menunggang motosikal besar. Patuhi undang-undang. Selagi kita berada di atas jalan raya awam kita perlu bertolak ansur. Jadi, benarkan kereta untuk memintas.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply