Ducati Diavel 1260 2019 Mula Dikilangkan

  • Ducati telah memulakan pengilangan bagi model Ducati Diavel 1260 2019.
  • Motosikal Diavel 1260 ini menggunakan enjin DVT 1,262cc 159hp yang sama seperti model Multistrada 1260.
  • Ia juga dilengkapi dengan kawalan cengkaman sensitif sudut condong dan ‘Cornering ABS’.

Model Ducati Diavel 1260 2019 yang pertama telah siap dipasang di kilang mereka di Bologna, Itali. Ia telah diraikan oleh keseluruhan warga kilang dan ucap selamat dan ucapan rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.

Motosikal Diavel 1260 ini telah diperkenalkan pada tahun lalu, dan akan mula dihantar kepada para pemilik pertamanya menjelang bulan Februari ini.

Ducati Diavel 1260 2019 Diperkenalkan – Jentera Muscle Itali Sejati 159hp!

Ianya adalah generasi kedua model Diavel. Ducati mendakwa yang ianya kini lebih selesa untuk penunggang dan juga pembonceng, serta telah direka bentuk untuk ‘jalan raya yang pelbagai’. Tarikan utama bagi model ini adalah enjin ‘V-Twin’ 90° DVT Testastretta 1,262cc, yang dikongsi dengan model Multistrada 1260. Ia menghasilkan 159hp pada 9,500rpm dan 129Nm tork pada 7,500rpm. Ciri DVT (Desmodromic Variable Timing/Pemasaan Boleh Ubah Desmodromik) membekalkan enjin dengan kuasa yang lancar dan boleh dijangka di seluruh jangkauan kitaran.

Selain daripada DVT, Ducati juga telah melengkapkan motosikal ini dengan sebuah IMU (Inertial Measurement Unit/Unit Pengukuran Inersia). Komponen ini membolehkan model ini dilengkapi dengan kawalan cengkaman sensitif sudut condong dan ABS menyelekoh.

Mengikut tradisi Ducati, model Diavel 1260 2019 ini ditawarkan dalam varian standard dan juga ‘S’. Model Diavel 1260 S yang berspesifikasi lebih tinggi didatangkan dengan saspensi Öhlins dan ‘Quick Shift Evo’ untuk penukaran ke gear yang lebih tinggi atau pun rendah.

Kedua-dua varian ini masih dilengkapi dengan tayar belakang lebar 240mm tanda pengenalan Diavel.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.