Konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” Menggegarkan Selatan Tanah Air!

  • Konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” telah kembali bagi tahun 2019 dengan pengembaraan yang lebih mengagumkan.
  • Tunggangan kali ini meliputi negeri Johor dari, Johor Bahru menuju ke Mersing dan Kluang.
  • 16 orang pemilik Modenas Dominar D400 telah menyertai penunggangan yang mengujakan ini untuk inisiatif #MotographyMalaysia.

Ia satu lagi penunggangan yang penuh jayanya dan mengagumkan bagi konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” sewaktu ia menjelajahi bahagian selatan tanah air negara. Sebuah konvoi yang terdiri daripada 16 orang pemilik motosikal Modenas Dominar D400 telah menjelajah jalan raya Mersing ke Kluang menikmati keseronokan menunggang mengelilingi negeri berkenaan.

Dianjurkan oleh Modenas sebagai sebahagian daripada inisiatif #Motography dan #MotographyMalaysia, tunggangan ini bertujuan untuk menemukan destinasi penunggangan yang menakjubkan dengan mengumpul sejumlah besar gambar dan video yang diambil dan dihantar oleh para pemilik Modenas Dominar D400 sendiri. Tunggangan kali ini yang berlangsung pada 12 Januari 2019 bermula dengan sarapan pagi dan taklimat di Sayed Bistro di Tebrau sebelum bergerak menuju destinasi Motography pertama mereka untuk hari berkenaan.

Jeti Tanjung Leman yang menghadap Laut China Selatan memberikan para penunggang peluang untuk menangkap gambar jentera kesayangan mereka berlatarbelakangkan pesisiran pantai yang mengagumkan. Tidak lama selepas menikmati pancaran matahari dan hembusan bayu laut yang menyegarkan, perut para penunggang mulai berkeroncong. Konvoi berkenaan kemudiannya bergerak menuju ke The Port Cafe berhampiran Jeti Mersing.

Beberapa buah aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi penunggangan ini buat para pemilik Modenas Dominar D400. Menunggang pantas melalui jalan raya pesisir cukup menyeronokkan dan mengujakan tetapi, menunggang dengan perlahan dan stabil masih lagi satu cabaran buat sesetengah penunggang, dan para penunggang Modenas Dominar ini menyahut cabaran ini bagi membuktikan siapakah juara sebenar bagi pengendalian motosikal tahap tinggi.

Sejurus selepas makan tengah hari, para penunggang mulai bergerak menuju ke Taman Rekreasi Mersing yang tidak jauh dari tempat mereka berhenti untuk makan tengah hari, berhampiran dengan pesisiran pantai untuk satu lagi hentian bergambar Motography. Tugu mahkota dan pedang yang memberi penghormatan kepada keluarga diraja Johor tersergam megah sewaktu para penunggang mengelilingi kawasan persekitaran mencari tempat terbaik untuk menangkap gambar mereka bersama jentera kesayangan masing-masing.

Hentian terakhir pada hari tersebut sudah semestinya Original Kluang Rail Coffee di mana para peminat dan penggemar bersumpah yang inilah tempat untuk mendapatkan kopi terbaik dalam negara. Sesi minum kopi sebelah petang ini telah diiringi dengan snek minum petang yang hebat seperti roti bakar kaya dan ban serta pilihan makanan ringan yang menjadi penutup hebat buat tunggangan kali ini.

Ianya merupakan satu lagi tunggangan yang jaya bagi siri konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored’. Pastikan anda mengikuti perkembangannya kerana ini sudah pasti bukan satu-satunya konvoi yang dianjurkan oleh Modenas bagi tahun 2019. Lebih banyak keseronokan dan keterujaan menanti! Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang www.facebook.com/DominarMalaysia/.