Honda bakal menyahut cabaran WorldSBK musim 2019 dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2. Pasukan Moriwaki Althea Honda yang baharu akan mendapat sokongan penuh pengilang berkenaan. Barisan penunggang pasukan ini terdiri daripada Ryuichi Kiyonari dan Leon Camier.
Author: Zarul Faiz
Seorang pegawai polis trafik Delhi telah mengambil pendekatan yang unik dengan memegang cermin di hadapan pesalah trafik. Langkah ini diambil bagi menggalakkan pesalah untuk memakai helmet sewaktu menunggang motosikal. Menurut pegawai berkenaan, langkah ini berkesan setakat ini.
Pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK telah memperkenalkan barisan penunggang mereka bagi tahun 2019 untuk kejohanan World Superbike Championship. Barisan penunggangnya terdiri daripada juara empat kali, Jonathan Rea dan penunggang baharu, Leon Haslam. Musim baharu akan bermula pada minggu hadapan di Phillip Island, Australia.
Slaid pembentangan rasmi bagi motosikal Bajaj Dominar 400 2019 telah dibocorkan di atas talian internet. Motosikal baharu itu akan menerima pengemaskinian kuasa maksimum dari 35 PS yang ada sekarang menjadi 39.9 PS. Perubahan lain termasuklah fork terbalik dan panel instrumen baharu.
Karnival Gempak Santai Modenas telah menyaksikan penyertaan seramai 600 orang pemilik motosikal Modenas. Pesta ini telah diadakan di Dataran Pantai Morib di Banting, Selangor. Modenas telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan buat para hadirin.
Valentino Rossi telah mencecah usia 40 tahun pada hari ini. Sepanjang kerjaya perlumbaannya, juara dunia sembilan kali ini telah menggondoli kejuaraan 125cc, 250cc, 500cc, dan berbilang takhta MotoGP. Ayahnya, Graziano, menyatakan yang Rossi boleh berlumba sehingga dia berusia 46 tahun jika dia mahu.
Kami telah berpeluang untuk duduk bersembang dengan Gabriel Conti, Jurutera Telemetri Pasukan Ducati MotoGP bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana pasukan Ducati MotoGP menggunakan maklumat dan data yang ada. Kami dapati bahawa perlumbaan ini bukan sekadar memulas pendikit sesuka hati. Data yang dikumpulkan akan digunakan untuk penyediaan motosikal dan merancang strategi perlumbaan. Kami telah…
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada penunggang motosikal supaya tidak melarikan diri dari sekatan jalan raya. Jabatan berkenaan akan merekodkan mereka yang melarikan diri sebagai bukti. Mereka kemudiannya akan mengeluarkan notis sebelum mengambil tindakan menyaman dan menyenarai hitam penunggang yang melarikan diri sekatan jalan raya.
Tayar perlumbaan Pirelli Diablo Supercorsa SC1 kini boleh didapati untuk motosikal berkapasiti kecil. Saiznya adalah 110/70-ZR17 untuk bahagian hadapan dan 140/70-ZR17 untuk bahagian belakang. Ianya akan boleh didapati menjelang Pusingan 1 kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2019.