Tahukah Anda Akan Kewujudan Motosikal Berkapasiti Kecil Harley-Davidson?

Harley-Davidson mungkin lebih dikenali kerana motosikal cruiser berkapasiti besar V-Twin mereka, tetapi, mereka juga pernah menghasilkan motosikal berkapasiti kecil. Motosikal berkapasiti kecil ini adalah hasil daripada pembelian syarikat Aermacchi oleh Harley-Davidson. Ada kemungkinan yang Harley-Davidson akan menawarkan motosikal berkapasiti kecil pada masa yang akan datang.

Parking Ikut Suka, Dapat Donat Percuma

Seorang pemilik motosikal Indonesia telah diberikan pengajaran kerana memarkir motosikalnya secara sambil lewa. Motosikalnya itu telah menghadang sebuah gerai, dan oleh kerana itu, pemilik gerai berkenaan telah membalas dengan menggantikan tayar hadapan motosikal tesebut dengan sebiji donat. Jadi, ambil pengajaran dari berita ini dan tolong pastikan motosikal yang kita parkir tidak mengganggu orang lain.

Litar Antarabangsa Sepang Dan Institut Sukan Negara Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Rasmi

Litar Antarabangsa Sepang dan Institut Sukan Negara telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik rasmi. ISN akan menyediakan perkhidmatan kesukanan buat pasukan PETRONAS Sepang Racing Team dalam MotoGP dan juga untuk program pembangunan bakat SIC. SIC berharap yang fasiliti ini akan membantu penunggang mereka untuk terus berkembang menjadi penunggang MotoGP pada masa yang akan datang.