Pusingan MotoGP Indonesia Bakal Menjadi Perlumbaan MotoGP Jalan Raya Pertama Bermula 2021

Anda nampak slogan “Satu Hati” itu? Projek ini telah dimulakan setelah pasukan Repsol Honda melawat kilang Astra Honda di Indonesia – Sumber imej: MotoGP.com

  • Indonesia bakal menganjurkan perlumbaan MotoGP jalan raya yang pertama bermula tahun 2021.
  • Litar 4.32 km yang baharu itu akan bertempat di Mandalika, Lombok.
  • Pusingan yang baharu itu akan menambah pusingan MotoGP menjadi 21 buah perlumbaan setiap tahun.

Setelah mengadakan rundingan bertahun lamanya, pusingan MotoGP Indonesia bakal menjadi perlumbaan litar jalan raya dalam kalendar MotoGP bermula tahun 2021.

Acara ini akan dianjurkan di daerah Mandalika di pulau Lombok dari tahun 2021 hingga 2023. Badan milik kerajaan, Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC), bersama dengan promoter MotoGP, Dorna, telah menandatangani persetujuan pada 21 Februari di Madrid, Sepanyol.

Presiden ITDC, Abdulbar M. Mansoer, memberitahu Motorsports.com bahawa Pegawai Keselamatan FIM, Franco Uncini, telah meluluskan rekabentuk litar berkenaan.

Bagaimana pun, litar 4.32km dengan 18 buah selekoh yang baharu ini akan dibina dari mula, tidak seperti di Monaco dan Singapura yang menggunakan jalan raya yang sedia ada. Litar ini akan dibuka untuk umum selepas acara MotoGP.

Susun atur litar Lombok – Sumber imej: Motorsport.com

Syarikat French Vini Construction dari Perancis akan memulakan kerja pada bulan September tahun ini.

Penyertaan pusingan MotoGP Indonesia merupakan impian bersama Indonesia dan Dorna buat sekian lama, di mana negara berkenaan mewakili pasaran motosikal terbesar dunia. Atas sebab inilah pasukan pengilang Repsol Honda memilih negara ini sebagai tempat untuk memperkenalkan pasukan mereka setiap tahun (kecuali untuk tahun ini bagi menyambut ulang tahun ke-25 kerjasama Repsol-Honda).

Penyertaan Indonesia akan meningkatkan jumlah perlumbaan menjadi 21 buah perlumbaan bagi setiap musim dalam kejohanan ini, selepas penyertaan Finland pada tahun 2020.

Sudah pasti ianya cukup menarik sekali untuk melihat kesan jadual baharu kejohanan ini, bagi kedua-dua bahagian musim biasa dan juga sesi ujian yang dijalankan di luar musim.

Sumber: Motorsports.com

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.