WD-40 cukup terkenal kerana keserbagunaanya. Mereka juga telah mengkhususkan diri dalam penghasilan produk penembus dan pelincir yang sesuai digunakan dalam penyelenggaraan motosikal. WD-40 juga telah melancarkan sebuah rangkaian khusus untuk motosikal yang dinamakan “Specialist Motorbike”.
Author: Zarul Faiz
KYMCO telah melancarkan maxi skuter XCITING S 400 di EICMA 2017. Maxi skuter KYMCO XCITING S 400 ini didatangkan dengan kuasa terhebat dalam kategorinya. Ia juga akan dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang (Daytime Running Lights – DRL) yang pertama diiktiraf ECE untuk skuter.
Boon Siew Honda akan menyediakan bantuan buat ke semua pemilik motosikal Honda yang telah terjejas akibat banjir di Pulau Pinang baru-baru ini. Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir Pulau Pinang BSH akan menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk semua alat ganti tulen dan cas upah percuma bagi ke semua perkhidmatan di pusat pengedar terpilih….
Ingin memiliki motosikal retro yang berkuasa? Kawasaki Z900RS CAFE 2018 boleh membantu anda. Pesaing terbaru dalam kancah motosikal cafe racer dari Kawasaki ini didatangkan dengan rekabentuk serta kemasan grafik yang cantik sekali, yang akan memikat para penggemar motosikal retro dan juga motosikal moden. Enjin empat selari 948cc-nya itu mampu menjana sehingga 110hp dan…
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2018 telah diperkenalkan semalam di Pertunjukan EICMA yang sedang berlangsung di Milan, Itali. Pengemaskinian yang terbesar pada motosikal SE ini adalah suspensi elektrik separa aktif Showa dengan pengesan gerakan bersepadu. Roda aluminium tempa dan quickshifter dwi-arah yang diambil daripada motosikal ZX-10RR juga telah dilengkapkan pada motosikal ini.
Kawasaki baru sahaja melancarkan jentera dicas lampau ketiga mereka dalam bentuk motosikal mesra kembara, Kawasaki Ninja H2 SX 2018. Dua buah model yang berbeza boleh didapati; Kawasaki Ninja H2 SX 2018 dan Kawasaki Ninja H2 SX SE 2018. Beberapa buah ciri menarik yang terdapat pada motosikal-motosikal ini adalah lampu menyelekoh, kawalan cengkaman, kawalan mulaan,…
Tirai di sebalik motosikal KTM 790 Duke 2018 telah disingkap pada hari ini sewaktu pertunjukan EICMA 2017 di Milan, Itali. Dengan nama gelaran “The Scalpel”, enjin engkol 270-darjah dengan 799cc selari berkembar itu menjana sejumlah 105hp dan 85.4Nm tork maksima. Ciri-ciri hebat yang lain termasuk kawalan cengkaman sensitif condong, ABS menyelekoh, kawalan mulaan,…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Benelli TRK 502 telah dilancarkan sebagai pilihan mampu milik bagi mereka yang inginkan motosikal ‘sport-tourer‘ kelas pertengahan yang ringkas. Walaupun ia tampak ringkas, motosikal Benelli TRK 502 ini direka dengan cantik sekali lengkap dengan gaya Itali. Benelli TRK 502 ini selesa dan cekap bahanapi.
Triumph Motorcycles baru sahaja melancarkan rangkaian motosikal terkini mereka, Triumph Tiger 800 XC dan XR 2018 di EICMA 2017 di Milan. Rangkaian Tiger 2018 yang serba baru telah dikemaskini secara meluas dengan lebih daripada 200 pengemaskinian pada bahagian casis dan enjin. Mengorak setapak lebih jauh ke hadapan ke masa depan permotosikalan, motosikal Tiger 800…