Triumph Melancarkan Motosikal Triumph Tiger 800 XC dan XR 2018 Di EICMA 2017

 

  • Triumph Motorcycles baru sahaja melancarkan rangkaian motosikal terkini mereka, Triumph Tiger 800 XC dan XR 2018 di EICMA 2017 di Milan.
  • Rangkaian Tiger 2018 yang serba baru telah dikemaskini secara meluas dengan lebih daripada 200 pengemaskinian pada bahagian casis dan enjin.
  • Mengorak setapak lebih jauh ke hadapan ke masa depan permotosikalan, motosikal Tiger 800 terbaru ini bercirikan panel instrumen TFT terbaru, lampu LED keseluruhan, kawalan bersiar baru dan pelbagai lagi ciri-ciri yang lain.

Motosikal kembara yang telah berkhidmat paling lama dalam industri ini dari Triumph Motocycles telah menambahkan motosikal Triumph Tiger 800 XC dan XR 2018 terbaru ke dalam rangkaian motosikal premium mereka yang senantiasa yang berada di pasaran. Dengan sejarah yang panjang bermula dari pertengahan tahun 1930-an, rangkaian motosikal Tiger 800 yang serba baru ini menjanjikan kebolehupayaan penunggangan yang lebih luar biasa daripada sebelum ini.

Bagi memastikan yang motosikal Tiger 800 XC dan XR terkini ini mampu menangani sebarang bentuk keadaan menunggang yang berada di hadapan mereka, casis-casisnya telah dikemaskini secara menyeluruh dengan lebih daripada 200 jenis pengemaskinian yang juga turut menempiasi enjinnya juga. Enjin tiga silinder sejajar, DOHC, 12-injap, sejukan cecair, 800cc itu kini menghasilkan 93hp juga telah telah dikemaskinikan bagi memastikan tindak balas, bunyian dan perwatakan keseluruhan yang lebih baik, semuanya atas jasa nisbah gear dan sistem ekzos yang telah dibikin semula.

Mengorak selangkah lebih maju ke masa depan dunia permotosikalan, rangkaian motosikal Tiger 800 terbaru ini juga dilengkapi dengan panel instrumen TFT terkini, pencahayaan keseluruhan LED, mekanisma kawalan bersiar mesra pengguna yang dikemaskini, dan pencahayaan belakang penukar gear dan kawalan kayu ria. Ini memudahkan lagi pertukaran di antara enam mod tunggangan yang juga termasuk satu mod terbaru, “Off Road Pro”, untuk memberikan lebih keriangan.

Jika dilihat pada penggayaannnya, kedua-dua Tiger XC dan XR 2018 ini didatangkan dengan perincian bahagian badan, warna dan grafik pada tahap tertinggi yang dijangkakan daripada Triumph dengan kedudukan menunggang yang lebih dinamik dan pada masa yang sama tampak lebih kontemporari. Jadi, mana-mana penunggang yang menunggang motosikal rangkaian Tiger 800 terbaru akan pasti kelihatan hebat di atas motosikal ini.

Pakej suspensi dan pembrekan yang serba baru juga telah diperkemaskinikan dengan kelengkapan Brembo dan WP Suspensions. Ciri-ciri menarik yang lain termasuklah ABS, kawalan cengkaman, pendikit “Ride-by-Wire”, kawalan bersiar, pelana dan genggaman dihangatkan, punca kuasa, dan ketinggian pelana dua posisi yang telah dibuat khusus bagi setiap model Tiger 800.

Secara keseluruhannya, terdapat enam buah varian yang boleh dipilih daripada motosikal jalan raya XR, kelas pertengahan XRx hinggalah yang termewah dalam rangkaian itu, XRT. Penggemar ‘off-road‘ boleh memilih sama ada motosikal XCx atau yang lengkap dengan perincian, sedia-kembara, XCA. Bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian, terdapat juga model XR x LRH (Low Ride Height). Triumph mengotakan janji mereka apabila mereka mengatakan adanya Tiger bagi setiap orang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.