Bagi yang mungkin menyedari terdapat lambakan sekatan jalan dijalankan disekitar ibu kota ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan Ops Mabuk bagi menangani masalah pemandu mabuk. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan bahawa operasi sekatan jalan Ops Mabuk sedang dijalankan seluruh negara setiap hari. Menurut laporan Malay Mail,…
Author: Amirul Azreen
Sejak Ducati melancarkan V4R, dunia automotif seakan terpesona dengan jentera terbabit jadi tidak hairanlah sehingga ada yang sanggup merompak sebuah kedai motor semata-mata untuk mendapatkan motosikal tersebut. Dalam satu kejadian yang berlaku pada 19 Februari lalu di Winchester, United Kingdom (UK), sekumpulan perompak telah bertindak menebuk lubang di bahagian dinding kedai motosikal terbabit sebelum melarikan…
Demikian pengumuman dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, hari ini. Menurutnya, projek tersebut akan memfokuskan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menyerapkan penggunaan teknologi terkini bagi menyaingi pasaran kompetitif di dalam dan luar negara. Projek Kereta Nasional itu dijangka menyuntik pembangunan ekonomi negara dengan…
Selepas Modenas mendedahkan bakal melakukan penjenamaan semula terhadap beberapa model Kawasaki baru-baru ini, pengeluar motosikal nasional itu hari ini mendedahkan model pertama menerusi Ninja 250 SE ABS ketika pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020. Didatangkan dengan pilihan warna serba hitam dan beberapa lencana Modenas yang boleh kelihatan, jelas ini merupakan antara model yang akan dipasarkan ke…
Peminat motosikal di Amerika Syarikat dikurniakan berita baik apabila bakal menerima Honda ADV 150 pada 2021. Berita tersebut disahkan sendiri RideApart yang mendedahkan negara Uncle Sam itu akan menerima model mencuri perhatian itu. Honda ADV 150 membuat penampilan sulung ketika di Gaikinda Indonesia International Auto Show 2019, dan sejak itu seluruh dunia terutamanya di Asia…
Susulan pemfokusan terhadap penjualan motosikal Pulsar dan KTM, Bajaj Auto kini merekodkan penjualan lebih tinggi di peringkat antarabangsa, berbanding di India bagi bulan Disember dan Januari. Eskport motosikal Bajaj meningkat sehingga 19 peratus bagi Januari meskipun penjualan di India menurun sebanyak 22 peratus pada bulan sama. Ini merupakan kali pertama dalam tempoh dua tahun, eksport…
Portfolio kereta kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperkembang dalam bentuk Toyota Corolla Altis yang akan bertindak selaku kereta peronda. Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Go Auto bakal membekalkan lebih 425…
Baru-baru ini, pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco menyifatkan tindakannya untuk keluar lebih awal daripada KTM membuktikan dia tidak mengejar duit seperti Jorge Lorenzo. Ketika sesi temubual bersama akhbar Sepanyol, Marca, Zarco menjelaskan dia enggan memilih jalan sama seperti Lorenzo, yang menghabiskan baki kontrak bersama Repsol Honda meskipun bergelut. “Lorenzo mengutamakan duit sebab itu dia sanggup…
Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7). Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC. Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan…