Ops Mabuk Berkuatkuasa, Buru Pemandu Mabuk Seluruh Negeri

Bagi yang mungkin menyedari terdapat lambakan sekatan jalan dijalankan disekitar ibu kota ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan Ops Mabuk bagi menangani masalah pemandu mabuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan bahawa operasi sekatan jalan Ops Mabuk sedang dijalankan seluruh negara setiap hari.

Menurut laporan Malay Mail, Bukit Aman telah mengarahkan semua ibu pejabat kontinjen polis seluruh negara untuk menjalan Ops Mabuk setiap hari.

“Operasi yang berjalan di Kuala Lumpur kini telah dipanjangkan ke serata negeri,” jelas Datuk Azisman.

Setakat ini, lebih 316 pengguna jalan raya telah ditahan bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bagi bulan Januari sahaja.

“Tahun lalu, dari 20,996 pengguna jalan raya yang telah ditahan, 1,116 daripadanya didapati memandu dalam keadaan mabuk.

“Berdasarkan statistik, meskipun angka kecil namun terdapat peningkatan dalam kes pemandu mabuk tahun ini,” tambahnya.

Tedahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan pihak kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan mengetatkan hukuman terhadap pemandu mabuk dengan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara hingga 20 tahun.

(SUMBER: MalayMail)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply