M7 Racing Perlu Bayar Tunggakan RM3.32 Juta kepada SIC

Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7).

Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC.

Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan meluahkan rasa lega namun akur isu tersebut terpaksa diselesaikan di peringkat mahkamah.

Bagaimanapun, SIC menegaskan mereka sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bersama syarikat tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan sukan permotoran di Malaysia asalkan kedua-dua pihak kekal komited dalam menghormati perjanjian ditetapkan.

M7 Racing merupakan pemegang hak nama DRIVE M7 Energy Drink dan merupakan penaja utama DRIVE M7 SIC Racing Team yang telah membuat penampilan di Kejuaraan Dunia Moto3 selaku pasukan Malaysia dari 2015 hingga 2016.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply