Pecah Masuk Kedai Motosikal Demi Sebuah Ducati Panigale V4R

Sejak Ducati melancarkan V4R, dunia automotif seakan terpesona dengan jentera terbabit jadi tidak hairanlah sehingga ada yang sanggup merompak sebuah kedai motor semata-mata untuk mendapatkan motosikal tersebut.

Dalam satu kejadian yang berlaku pada 19 Februari lalu di Winchester, United Kingdom (UK), sekumpulan perompak telah bertindak menebuk lubang di bahagian dinding kedai motosikal terbabit sebelum melarikan diri dengan sebuah Ducati Panigale V4R.

Kumpulan perompak tersebut berjaya mengelak dari dikesan sistem penggera dan melarikan jentera bernilai USD39,995 – RM299,000 di Malaysia – itu dengan menggunakan sebuah van.

Sementara itu, pemilik kedai, Steve Moore, yang juga merupakan pengurus pasukan Moto Rapido Racing yang beraksi di Kejuaraan Superbike Championship mendedahkan bahawa pihak polis menerima aduan gangguan bunyi pada malam berkenaan namun tidak mengambil sebarang tindakan.

Difahamkan, Panigale V4R itu hanya menanti untuk diserahkan kepada pelanggan yang telah pun membuat pembelian.

(SUMBER: TheDrive)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]